Midnight Fusic kembali kepada jati diri

0
192
Kumpulan Midnight Fusic mencuba lagu bahasa Melayu, Sandiwara untuk pasaran terkini.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

KALAU sebut nama Midnight Fusic, pasti ada yang tanya kumpulan apa tu?  Melihat pada nama tak salah kalau orang yang tak mengenali Arif Kamarudin, selaku vokalis, Adrian Danial (gitar utama), Firdaus Azmi (bes) dan Muaz Rabbani (dram) menyangka mereka adalah anggota kumpulan muzik dari luar.

Ini kerana sejak penubuhan Midnight Fusic pada 2013, kumpulan rock alternatif ini lebih senang mendendangkan lagu bahasa Inggeris sebagai pengenalan diri.

Malah lagu dendangan mereka, Heart of May dan Lovesick mendapat sambutan hangat dalam kalangan pemuzik indie.

Midnight Fusic juga berjaya mencipta sejarah sebagai artis Malaysia pertama yang dipilih menyertai program Deezer Next 2018, anjuran syarikat penstriman dalam talian Perancis, Deezer.

Midnight Fusic bekerjasama dengan Jack Alfredo anggota kumpulan Pija menghasilkan lagu Sandiwara.

Menyedari mereka perlu tampil dengan lagu bahasa kebangsaan sebagai lambang jati diri, akhirnya Midnight Fusic membuat keputusan bijak dengan menampilkan lagu bahasa Melayu untuk pertama kalinya.

Menurut Arif, sudah lama mereka berhasrat untuk menghasilkan lagu bahasa Melayu, cuma sekarang baru berkesempatan.

“Kalau ikutkan sudah lama Midnight Fusic nak buat lagu Melayu untuk peminat tempatan, tapi belum ada rezeki. Sekarang ini baru berpeluang. Itupun kami bekerjasama dengan kumpulan Pijar dari Indonesia.

“Lagu Sandiwara dihasilkan dalam masa satu hari dan merupakan karya ciptaan Jack Alfredo, anggota kumpulan Pijar. Pembikinan lagu ini tidak sukar kerana ia menggabungkan idea kedua-dua belah pihak,” jelas Arif.

Tambahnya, lagu Sandiwara merupakan lagu bahasa Melayu pertama yang Midnight Fusic idamkan. Lagu yang menampilkan kegembiraan dalam kehidupan setiap insan, mengingatkan kita tentang orang tersayang.

“Sandiwara berkisar tentang persahabatan yang terjalin sesama insan. Lagu ini mudah dan sesuai untuk pendengaran orang ramai. Pendengar boleh mentafsir sendiri maksud yang tersirat di sebalik bait lagu ini mengikut perasaan masing-masing.

“Kawan baik kami, Dennis Ferdinand, yang membuat vokal tambahan dalam lagu ini secara tak langsung telah membawa semangat baharu untuk lagu ini. Sandiwara merupakan lagu yang sudah tentunya akan membuat pendengar tersenyum dan gembira,” hurai Arif tentang maksud lagu Sandiwara.

Lagu Sandiwara boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBOX, Spotify, YouTube dan YouTube Muzik.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here