Gelembung perjalanan antara kawasan hijau bermula 22 Nov

    0
    288
    FOTO: NSTP.

    KUALA LUMPUR — Gelembung perjalanan antara zon hijau akan dilaksanakan bermula 22 Nov, bagi membantu meningkatkan sektor pelancongan.

    Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata kebenaran perjalanan dibenarkan bagi penduduk di kawasan hijau ke destinasi di kawasan hijau.

    Perjalanan yang perlu memasuki kawasan merah perlu mendapatkan kebenaran pihak berkuasa.

    “Sebagai contoh, Negeri Sembilan adalah zon merah, kecuali daerah Tampin. Jadi kita membenarkan mereka yang berada di Tampin mahu ke Pahang. Tetapi kerana perlu melalui zon merah, mereka mesti mendapatkan kebenaran daripada polis.

    “Mereka juga tidak dibenarkan singgah di zon merah semasa perjalanan, sebaliknya perlu terus menuju ke destinasi di kawasan hijau,” katanya pada sidang media hari ini.

    https://bit.ly/331rSLw
    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here