Nabila Razali kecewa tak dapat sertai SFMM35

0
465
Status yang dimuat naik oleh Nabila di Instagramnya hari ini.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

PENYANYI Nabila Razali terpaksa menarik diri daripada membuat persembahan untuk Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) di Sri Pentas (SP) 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, esok (21 November 2020).

Penarikan diri Nabila yang bertanding atas tiket, Peluang Kedua, lagu ciptaan Hael Husaini dan MFMF, bukan kerana beliau takut tapi kerana faktor kesihatan tidak mengizinkan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pengurusnya, Ash  berkata, penyanyi itu terpaksa menarik diri atas nasihat doktor dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat. Malah, Hael dan MFMF juga sependapat supaya Nabila tidak turut serta.

“Dukacita saya ingin memaklumkan bahawa artis di bawah jagaan saya, Nabila Razali tidak dapat membuat persembahan di Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM35) yang bakal berlangsung bermula malam ini atas masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan.

“Keputusan ini dibuat atas nasihat doktor, guru vokal Datuk Syafinaz Selamat dan juga komposer lagu Peluang Kedua, Hael Husaini serta MFMF. Pelbagai usaha rawatan sudah dilakukan termasuk khidmat doktor pakar namun berehat dalam jangka masa yang panjang adalah jalan terbaik, “jelas Ash.

Hati Nabila kecewa kerana tidak dapat menyanyi untuk Semi Final Muzik Muzik 35 kerana faktor kesihatan.

Katanya, biarpun sedih tapi Nabila terpaksa akur dengan nasihat itu demi kesihatannya.

“Ini adalah keputusan yang sangat sukar buat Nabila berikutan peluang untuk menyanyi di pentas SFMM antara yang menjadi impian beliau sebagai penyanyi.

“Dia sudah menjalani latihan vokal sejak September lalu dengan Datuk Syafinaz sebagai persiapan awal. Namun masalah ini dikesan sejak minggu lalu dan menjadi semakin teruk,” katanya.

Nabila sepatutnya menyanyikan lagu Peluang Kedua pada malam Sabtu ini dan beliau akan bersaing dengan Zynakal ft Yonnyboii (Sakit), Kaka Azraff, Noki & Loca B (Gila), Amir Masdi (Kau Sakiti), Judika & Shila Amzah ( Tentang Rahsia), Ariff Bahran & Sarah Suhairi (Bicara Rasa), Hafiz Suip & Adira (Takdir Tercipta), Shiha Zikir, Kmy Kmo & Luca Sickta (7 Nasihat), Floor 88 (Hutang).

Menurut Ash, oleh kerana perkara yang tak diduga itu, sehingga kini, pihaknya masih lagi berusaha mencari siapakah pengganti Nabila.

“Pihak kami masih mengusahakan siapa pengganti terbaik untuk lagu ini. Sebarang perkembangan mengenainya akan diberitahu kemudian.

“Pihak produksi juga sudah dimaklumkan tentang perkara ini. Segala kesulitan amatlah kami kesali,” jelasnya.

Nabila sudah berlatih vokal untuk Semi Final Muzik Muzik 35 sejak September lalu.

Seiring dengan kenyataan tersebut, Nabila menerusi Instagramnya hari ini memuat naik status, My Heart Is Broken.

Sementara itu, pada malam ini barisan penyanyi yang akan bersaing untuk SFMM35 ialah Naim Daniel (Sembah), Wany Hasrita (Canggung), Yonnyboii & Azlan Typewriter (Kelabu), Dayang Nurfaizah (Sebentar), Naim Daniel ft Tuju (Adakah Engkau Menungguku), Alif Satar (I Want You To Love Me), Sufian Suhaimi & Amira Othman (Takkan Merubah), Stacy (Khayal), Ernie Zakri (Gundah), Syamel (Curang) dan Hael Husaini (Hati).

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here