Misi mengQurankan bangsa, mengikhlaskan ummah menuju tahun 1500H

0
242

Assalamualaikum.

SAYA merasa terpanggil untuk menjelaskan beberapa kekeliruan yang tercetus daripada Wacana Al-Quran: Benarkah Vaksin Solusi Pandemik (Rujukan Surah Al Isra’: 82-83 pada 19 November 2020 serta kekeliruan berkaitan misi dan kolaborasi bersama beberapa media seperti TV AlHijrah dan Sinar Harian bersama kami di bawah Yayasan Warisan Ummah Ikhlas yang bermula pada tahun 2013, membawa gerakan Baca, Faham, Amal al-Quran di seluruh Malaysia dan ke banyak negara di dunia melalui 3 inisiatif utama iaitu:

1. Rumah Ngaji: Pusat Interaksi Al-Quran secara Percuma.

Terdapat lebih 3000 Rumah Ngaji, Quran Corner, Troli Ibadah di penjara, hospital, balai polis, lokasi awam, perpustakaan dan pusat komuniti memberikan akses percuma untuk pengajian al-Quran bagi membantu pesakit dan komuniti membina kekuatan rohani melalui bacaan dan pemahaman kepada isi kandungan al-Quran.

2. Kempen Baca, Faham, Amal Al-Quran melalui #QuranHour

Sejak tahun 2016 kami telah melancarkan kempen besar-besaran di peringkat negara dan dunia mengajak masyarakat dan ummah untuk kembali kepada al-Quran melalui interaksi dengan al-Quran, tadabbur dan tazakkur dengan melancarkan kempen utama iaitu Malaysia.

Kempen tahunan ini telah mendapat capaian.1.46 Bilion di seluruh dunia dan telah memasuki ke lebih 300 lokasi di luar negara.

3. Sahabah Al-Quran sebagai Rakan Kolaborasi dan Agents of Change.

Kami membina rangkaian Sahabah Al-Quran dengan memberikan fokus kepada kajian dan penyelidikan isi al-Quran bergabung dengan para guru ngaji, sekolah, penjara, hospital, organisasi, syarikat, NGO, subject matter expert, media dalam serta luar negara serta individu pelbagai latar belakang agar mesej daripada al-Quran dan As-Sunnah menjadi operating system yang membentuk kerangka fikir, jiwa dan akhlak kita.

Temuan misi baca, faham, amal Al-Quran
Di dalam membawa misi besar agar kita kembali kepada al-Quran dalam setiap aspek kehidupan kita, kami menemukan bahawa ada lompong besar iaitu keyakinan kita kepada al-Quran itu sendiri.

Menyebutnya dengan mengatakan kita beriman tetapi ada ketakutan untuk mengamalkannya.

Di dalam membawakan gerakan ini, kami membawakan nilai “Compassion” sebagaimana panduan dari al-Quran dan apa yang telah dimodelkan oleh Rasulullah SAW.

Matlamat misi
Misi kami mengambilkira hasrat untuk mengecilkan perbezaan, membesarkan persamaan dan akhirnya yang paling benar adalah al-Quran dan As Sunnah sebagai primary resources kami.

Label-melabel yang berlaku di peringkat organisasi, komuniti dalam negara antara cabaran besar yang berlaku sehingga melebarkan jurang yang ada dan membantutkan hasrat membawa kebaikan.

Kami percaya al-Quran sebagai mukjizat teragung berupaya untuk meluruskan fikiran dan mengikat kemas hati kita. Biidznillah.

Kami juga percaya, bahawa ada Rahmah dalam perbezaan sekiranya perbincangan berlaku dengan clarity bahawa semua pihak ingin melaksanakan kebaikan dan pada akhirnya kita perlu tunduk akur akan kebenaran dari Ilahi.

Inisiatif & kolaborasi bersama TV Al Hijrah & Sinar Harian.

Kami di Yayasan Warisan Ummah Ikhlas mengambil langkah mengumpulkan para pemikir, para penyelidik Al-Quran & As-Sunnah, Qari dan Asatizah, para pakar, subject matter expert, NGO, anak muda, sukarelawan dan pengamal media bagi mengangkat ajakan sederhana untuk kembali kepada Baca, Faham, Amal al-Quran.

Tentunya dalam proses ini, ada banyak jatuh bangun, kerana terhadnya keupayaan kami namun ia perlu terus berlaku.

Misi mengumpulkan pakar dan pencinta al-Quran di QuranicValley (Lembah Al-Quran) ini perlu terus berjalan sehingga matlamat 1500H terbina Ekosistem Islam yang Insya-ALLAH akan lebih baik.

Oleh kerana itu, program My #QuranTime di TV Al-Hijrah dan Wacana Al-Quran di Sinar Harian dicetuskan.

Kedua-duanya adalah antara program yang lahir dari sebuah keinginan untuk melihat agar orang Islam memahami agama mulia ini sehingga peribadi kita menjadi peribadi yang dihormati dan disayangi oleh semua.

My #QuranTime, setiap hari di TV AlHijrah adalah kolaborasi erat kami agar al-Quran bukan sekadar di baca tetapi ia perlu difahami.

Wacana Al-Quran adalah misi seterusnya bersama Sinar Harian untuk mengajak kita berbincang secara matang dengan pihak berkaitan dan merujuk kepada al-Quran dan As-Sunnah di dalam membina Ekosistem Islam.

Saya tidak mampu menjelaskan sepenuhnya tentang misi bersama al-Quran ini di sini, namun sekiranya ada pertanyaan lanjut dan keinginan untuk bersama menggembleng usaha, moga ALLAH bukakan seluas-luas jalan untuk bersama.

Pastinya semua ini adalah sebuah proses storming & norming yang penuh didikan untuk jiwa, sehingga ia menjadi norma baharu, kembali kepada al-Quran dalam setiap aspek pekerjaan dan kehidupan kita.
Semoga ALLAH satukan semua hati yang inginkan kebaikan.

Sekian, terima kasih.
Salam hormat.

* Marhaini Yusoff ialah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas

Baca lagi : https://www.sinarharian.com.my/article/111231/KHAS/Pendapat/Misi-mengqurankan-bangsa-mengikhlaskan-ummah-menuju-tahun-1500H

 

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here