Samsung Galaxy S21 bakal dilancar Februari depan

0
172

Oleh Fetty Rara

BAGI mereka yang taksub dengan jenama dan asyik mengejar stail dan trend, Samsung akan melancarkan model telefon pintar baharunya, Samsung Galaxy S21 seawal Februari depan.

Bagi penjejak trend dan teknologi telefon pintar tindakan Samsung tidak memeranjatkan memandang model Galaxy S20 didapati kurang laris sejak diperkenalkan di pasaran pada awal tahun ini.

Apa tidaknya dengan harga hingga mencecah RM4,000 untuk unit ‘basic’ tidak ramai yang mampu, dan bagi yang layak untuk mendapatkan pelan bersama Telco tertentu bayaran bulanan tinggi pula nampak sangat tidak berbaloi memandangkan model lebih baharu akan diperkenalkan dalam masa yang amat singkat.

Saingan berpaksi publisiti hebat IPhone 12 juga antara faktor yang mencetuskan kesegeraan model baharu Samsung ini.

Menurut sumber dalaman tidak rasmi Samsung Galaxy S21 sepatutnya dilancarkan pada pertengahan Januari 2021 dan mula dijual pada akhir bulan yang sama.

Samsung Galaxy S21 dijangka dilengkapi S Pen dan 2021 pula dikatakan tahun berakhirnya siri Samsung Note.

Dalam erti kata lain ia dilihat seolah-olah strategi Samsung untuk menyatukan kedua-dua model S dan Note di bawah jenama model S sahaja.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here