Manchester United umum alami serangan siber, sistem ditutup

0
191
FOTO: Steve Collis from Melbourne, Australia, CC BY 2.0 , via Wikimedia Commons

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

PENJENAYAH siber dilaporkan telah menggodam sistem komputer pasukan bola sepak Manchester United (MU).

Bagaimana pun, menurut Kelab Liga Perdana Inggeris itu semalam dipercayai ‘sistem kritikal’ yang diperlukan bagi perlawanan di Old Trafford masih terkawal bagi memastikan pasukan tersebut menghoskan pertemuan dengan West Bromwich Albion hari ini.

Dalam satu kenyataan MU berkata pasukan itu sedang bekerjasama dengan pakar IT bagi menyiasat kejadian tersebut dan meminimumkan gangguan terhadap jaringan ITnya.

Walaupun operasi godaman berkenaan didapati amat sofistikated namun MU mengaku mempunyai prosedur dan protokol bagi berdepan dengan keadaan sebegitu.

Susulan serangan semalam jaringan pertahanan sistem komputer MU dengan pantas berjaya mengesan kebocoran dan segera menutup bahagian yang terkesan sebelum data-data dapat dicerobohi.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here