SPRM tahan timbalan pengarah imigresen terbabit sindiket

    2
    3477

    SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang timbalan pengarah Jabatan Imigresen bagi membantu siasatan ke atas sebuah sindiket imigresen.

    Menurut sumber, timbalan pengarah yang ditempatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu dan 2 lagi pegawai imigresen ialah tangkapan terbaru dalam operasi besar bersama SPRM dan Jabatan Imigresen yang dikenali sebagai Ops Selat.

    SPRM turut memohon lanjutan reman bagi 10 suspek lain.

    “Mereka sudah dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk mendapatkan perintah reman,” kata sumber itu.

    Dua orang awam yang membenarkan akaun bank mereka digunakan untuk transaksi rasuah sudah dibebaskan dengan jaminan.

    Ini menjadikan 53 individu ditahan sejak 16 Nov lalu, termasuk 33 anggota imigresen yang ditugaskan di KLIA, klia2 serta Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bangunan Sultan Iskandar di Johor Bahru.

    Wang tunai lebih RM800,000, 26 kereta mewah dan 4 motosikal berkuasa tinggi turut dirampas pihak berkuasa setakat ini.

    Pengarah Siasatan SPRM, Norazlan Mohd Razali ketika dihubungi FMT mengesahkan penahanan itu, tetapi enggan mengulas lanjut.

    Sebelum ini, sindiket itu, yang aktif sejak setahun lalu, dilaporkan membantu majikan yang mahu pekerja asing mereka terus kekal di negara ini atau pulang ke negara asal.

    Sindiket itu mempunyai 2 modus operandi, dengan yang pertama ialah mengeluarkan “pasport terbang” kepada mereka yang datang ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial, tetapi bekerja di sini secara haram.

    Ejen akan mengumpul pasport pekerja asing dan membayar pegawai imigresen untuk cop pasport mereka bagi menunjukkan mereka sudah keluar negara selepas 3 bulan dan masuk semula secara sah. Dengan cara ini mereka boleh berada di sini selama 3 bulan lagi.

    Modus operandi ke-2 ialah “kaunter setting” bagi pendatang asing yang disenaraihitamkan atas kesalahan imigresen, di mana pendatang asing itu akan ke “kaunter setting” di KLIA dan membayar sehingga RM6,000 untuk dibenarkan keluar negara, walaupun disenaraihitamkan.

    https://bit.ly/2UOSTx8
    Please follow and like us:

    2 COMMENTS

    1. pengkhianat mcm ni tembak je smpai mampus.harap pelajaran je tinggi.otak kt lutut.harap pihak berkuasa siasat dgn lebih mendalam lgi.mgkin ramai lagi aku rasa yg terlibat..jgn tggal selai bulu pn org mcm ni kt negara kita.

    2. Nak jadi gov servant punya lah susahhhh…exam..interview..exam lagi..punyalah ketat pemilihan(katanyaaa)..tapi rupa rupanya?…penggunaan minda pon tiada?dosa pahala pon dah tak tau,salah betol pon tak boleh nak beza ??alahaiiii …

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here