[VIDEO] Pilihan raya AS: Saman Trump di Pennsylvania gagal

0
206
FOTO: Gage Skidmore, CC BY-SA 2.0 , via Wikimedia Commons

Oleh Fetty Rara

SEORANG hakim di Pennsylvania telah mengetepikan satu saman oleh pihak pengelola kempen Donald Trump yang mendakwa berjuta undi pos tidak sah.

Hakim Matthew Brann berkata saman yang berpaksi dakwaan bahawa berlaku kepincangan dalam proses mengundi adalah tidak berasas, lapor bbc.com.

Dengan keputusan itu bermakna laluan kini terbuka bagi kemenangan Joe Biden dengan majoriti melebihi 80,000 undi.

Anjakan terbaharu ini merupakan satu lagi tamparan terhadap Trump yang sedang berusaha untuk membalikkan kekalahan beliau pada pilihan raya pada 3 November lalu.

Sejak proses pengiraan undi bermula beliau terus enggan mengaku kalah dan sebaliknya membuat dakwaan demi dakwaan kononnya berlaku penipuan dalam proses pengundian tanpa mengemukakan bukti.

Ketegaran Trump telah menimbulkan pelbagai kesulitan untuk peralihan kuasa presiden secara demokratik di AS.

-BebaNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here