Masyarakat degil: Perintah berkurung di California bermula, jumlah kes Covid-19 cecah 12 juta

0
197
FOTO: Wikimedia Commons.

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

CALIFORNIA mula menguatkuasakan perintah berkurung yang tegas hari ini dalam usaha untuk mengekang penularan lebih serius Covid-19.

Menurut akhbar The Los Angeles Times, angka-angka terbaharu bagi negeri di pantai barat Amerika Syarikat itu didapati lebih buruk berbanding jumlah pada Ogos lalu.

Jumlah kematian harian di seluruh AS kini telah melepasi 2,000 buat kali pertama sejak Mei lalu.

Negeri tersebut kini mencatatkan lebih daripada 12 juta kes positif dengan lebih 255,000 kematian untuk menjadikan senario di AS sebagai yang paling teruk di dunia.

Jumlah jangkitan baharu pada Jumaat mencecah 187,000.

Walaupun agak terlambat beberapa negeri kini mula menguatkuasakan pemakaian pelitup muka bersama pelbagai langkah keselamatan lain dalam usaha untuk mengekang penularan jangkitan.

Di Texas kerajaan telah mengerahkan pasukan National Guards untuk mengawal keadaan ala-tentera di bandar raya El Paso, selain membantu proses penyimpanan mayat.

Dengan perayaan ‘Thanksgiving’ bakal diraikan pada 26 November depan pihak Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menasihati orang ramai supaya kekal berada di rumah dan jangan ke mana-mana.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here