Bila Alif positif Covid-19, rakan artis buat ujian calitan

0
535

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

SELEPAS penyanyi Alif Satar memuat naik status di Instagramnya memberithau bahawa beliau positif Covid-19 pada Ahad (22 November), rata-rata artis yang turut serta dalam program Semi Final Muzik Muzik 35 (SFMM35) bersama Alif tempoh hari turut melakukan ujian calitan (swab test) Covid-19.

Alif menyertai SFMM35 bersama The Locos menerusi lagu I Want You To Love Me pada Jumaat lalu (20 November) yang disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Shah Alam, menerusi TV3.

Menerusi Instagram, Alif menjelaskan yang beliau telah memberi nama kontak rapatnya dalam tempoh 14 hari kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau turut mohon doa orang ramai agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah SWT dan Alif turut berdoa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan.

 

View this post on Instagram

 

Shared post on

 

Ekoran daripada pengesahan itu, pihak Sistem Televisyen Malaysia Berhad (STMB) mengambil langkah menunda siaran langsung SFMM35 bahagian ketiga, malam Ahad (22 November) ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Menurut kenyataan media, kakitangan yang terlibat dalam produksi tersebut telah memulakan kuarantin dan bekerja secara virtual di rumah masing-masing bermula semalam (22 November). Kakitangan STMB yang juga kontak rapat dengan Alif turut menjalani ujian calitan Covid-19.

Pada masa yang sama, kerja-kerja sanitasi di lokasi terbabit juga dilaksanakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh KKM.

Malah kebanyakan artis yang terlibat dalam program yang turut disertai Alif, masing-masing telah membuat ujian calitan.

Pada Jumaat lalu (20 November), dapat dilihat Sherry Alhadad dan Haziq Hussni selaku pengacara SFMM35 telah menemu bual penyanyi itu secara dekat walaupun mematuhi SOP.

Dalam Instagram masing-masing, Sherry dan Haziq telah memuat naik video yang menunjukkan mereka menjalani ujian calitan tersebut.

“Alhamdulillah, selesai swab test. Pengalaman kedua. Semoga negatif jua. Saya juga akan kuarantin diri selama 14 hari. Semoga dipermudahkan segala urusan kita,” kata Haziq.

Sementara itu, Sherry yang sebelum ini pernah bergandingan dengan Alif sebagai pengacara program Big Stage juga turut menjalani ujian calitan Covid-19.

“Assalamualaikum semua. Saya baru sahaja melakukan Covid test di Hospital MSU Shah Alam dan akan melakukan self kaurantin selama 14 hari. Doakan semoga semuanya dipermudahkan. InsyaAllah. Doakan sahabat baik kami, Alif Satar cepat sembuh,” kongsinya.

Malah Alif turut memberi komen di Instagram Sherry dengan kata-kata, semoga dipermudahkan dan I’m sorry you have to go thru this, Sherry.

Turut menjalani ujian calitan ialah Ernie Zakri dan Syamel yang masing-masing turut berada di lokasi yang sama dengan Alif bagi mempersembahkan lagu Gundah dan Curang.

Kata Ernie, semua orang dalam kumpulannya telah selesai melakukan swab test. Beliau turut memohon semoga Allah SWT permudahkan segalanya dan Ernie juga akan menjalani kuarantin selama 14 hari.

Bagi Syamel, itu adalah pengalaman pertamanya melakukan ujian calitan dan turut mendoakan agar Alif cepat sembuh dan tabah menghadapi dugaan ini.

Atas rasa kesedaran, Naim Daniel segera ke MSU Hospital untuk melakukan ujian calitan selepas mendapat khabar tentang Alif Satar.

“Salam, setelah mendapat perkhabaran tentang my brother @alifsatar, saya bergegas ke MSU Hospital untuk melakukan swab test ke atas diri saya sendiri dan insya-Allah keputusan akan diberikan dalam tempoh 24 jam.

“Ini merupakan kali kedua saya melakukan swab test (yang pertama pada 23 Oktober 2020). Atas urusan kerja. Sama-sama kita mendoakan agar semuanya baik-baik sahaj, insya-Allah,” tulis Naim.

Lain-lain artis yang melakukan ujian calitan Covid ialah Stacy, Hael Husaini dan Tuju.

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here