Covid-19: New South Wales buka semula sempadan dengan Victoria

0
349

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

NEW South Wales, Australia telah membuka semula sempadan dengan Victoria buat kali pertama sejak Julai berikutan jangkitan sifar.

Victoria yang melaksanakan perintah ‘lockdown’ ketat berikutan lonjakan jangkitan Covid-19 tidak lagi mencatatkan kes baharu sejak awal November, lapor bbc.com.

Dengan pelonggaran peraturan itu pemakaian pelitup muka juga tidak lagi diwajibkan.

Sehingga kini Australia merekodkan lebih 900 kematian dan 28,000 jangkitan.

Keadaan reda sekarang adalah berikutan pelaksanaan perintah ‘lockdown’ yang amat ketat, ujian secara besar-besaran dan tindakan penjejakan kontak secara agresif oleh pihak berkuasa.

Australia juga telah menutup semua pintu sempadan negara sejak awal pandemik, selain memerlukan semua yang memasuki negara itu menjalani dua minggu kuarantin di hotel-hotel terpilih.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here