Lonjakan Covid-19 di Delhi: Seluruh keluarga masuk hospital

0
503

Oleh Fetty Rara

PADA 14 Oktober lalu petugas di sebuah hospital rawatan rapi di Delhi menarik nafas lega setelah mendapati India semakin mencatatkan jumlah jangkitan rendah dari sehari ke sehari.

Bagaimana pun, tidak sampai empat bulan kemudian mereka tersentak apabila berdepan dengan lonjakan serius kes jangkitan susulan ketibaan musim sejuk, lapor bbc.com.

Keadaan terkini bakal menjadikan Delhi pusat ombak pertama Covid-19 pada musim sejuk ini.

Ibu negara India itu kini mendapati pertambahan sebanyak 128,000 kes sejak awal November.

Pada 12 November sebanyak 8,593 kes, yang merupakan jumlah tertinggi dalam sehari sejak pandemik bermula telah direkodkan.

Berikutan itu Delhi mencatatkan lebih banyak kes dalam sehari berbanding mana-mana negeri di India dengan jumlah keseluruhan melepasi 500,000.

Pada Rabu lalu sebanyak 131 kes kematian dilaporkan – tertinggi dalam sehari.

Lebih daripada 8,300 pesakit meninggal dunia kerana komplikasi Covid-19 setakat ini.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here