Trump ‘setuju’ peralihan kuasa presiden kepada Biden perlu dimulakan

0
517

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

DONALD Trump bersetuju bahawa proses dimulakan secara formal bagi Joe Biden mengambil alih jawatan Presiden Amerika Syarikat.

Beliau berkata agensi kerajaan yang bertanggungjawab mengendalikan peralihan itu perlu melakukan apa sahaja yang perlu walaupun beliau sebenarnya masih tegar tidak mahu menyerah dan akan terus mencabar keputusan pilihan raya, lapor bbc.com.

Pihak Pentadbiran Perkhidmatan Am (GSA) berkata mereka bersedia untuk mengiktiraf Biden sebagai pemenang pilihan raya itu.

‘Keputusan’ Trump menerima kemenangan Biden menyusul selepas Michigan disahkan memihak kepada beliau.

Dengan pengumuman oleh pihak GSA itu maka Biden kini mempunyai kuasa untuk mengakses taklimat keselamatan sulit negara, ruang pejabat presiden dan mengarahkan pegawai-pegawai kerajaan sebelum upacara pelantikan pada 20 Januari depan.

Dalam pada itu laman sementara beliau kini telah bertukar status kepada penggunaan alamat rasmi kerajaan AS.

Biden dijangka mengumumkan individu-individu yang akan dilantik menganggotai kabinetnya esok.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here