Jangkitan lepasi 2,100 kes, Selangor tertinggi

0
417

SEBANYAK 2,188 kes baharu Covid-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu, paling tinggi sejak penularan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan berkata semua kes itu penularan dalam negara.

Katanya, Selangor melaporkan kes harian tertinggi dengan 1,623 kes, diikuti Sabah sebanyak 232 kes.

“Sebahagian besar daripada kes yang dilaporkan di Selangor daripada Kluster Teratai, dengan pertambahan sebanyak 1,511 kes

“Seperti yang telah dimaklumkan, pasukan perubatan dan kesihatan awam bantuan digerakkan ke kawasan yang terlibat bagi membantu segala aktiviti kawalan dan pencegahan termasuk saringan secara besar-besaran,” katanya dalam kenyataan.

Hisham berkata sebanyak 107 kes yang dilaporkan pula berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok (103 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (2 kes), Kluster Penjara Kepayan (1 kes), dan Kluster Penjara Sandakan (1 kes).

Negeri lain yang melaporkan kes positif hari ini Perak (112), Kuala Lumpur (90), Negeri Sembilan (73), Johor (19), Pulau Pinang (15), Kedah (14), Kelantan (6), Melaka (2), dan Labuan serta Sarawak masing-masing 1 kes.

Sebanyak 1,673 pesakit pulih, menjadikan keseluruhan 44,153 atau 75% pesakit sembuh daripada 58,847 kes positif.

Sebanyak 14,353 pesakit Covid-19 sedang dirawat, dengan 112 orang di unit rawatan rapi dan 49 lagi memerlukan bantuan pernafasan.

4 kematian yang dilaporkan hari ini berlaku di Pulau Pinang (1 kes) dan Sabah (3), menjadikan semuanya 341 kematian.

https://bit.ly/3nMLA5u
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here