Thailand kuat kuasa semula undang-undang larang kritik raja

0
408

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

THAILAND menghidupkan semula undang-undang melarang kritikan terhadap raja dan keluarga diraja dalam usaha untuk mengekang protes anti-kerajaan.

Susulan itu beberapa orang aktivis telah didakwa di bawah undang-undang tersebut yang membawa hukuman sehingga penjara selama 15 tahun bagi setiap pertuduhan, lapor bbc.com.

Ini merupakan kali pertama dalam dua tahun pertuduhan sedemikian difailkan.

Thailand menyaksikan beberapa siri tunjuk perasaan pelajar sejak berbulan yang mendesak supaya diadakan perubahan kepada institusi raja di negara itu serta reformasi perlembagaan dan pemecatan perdana menteri Prayut Chan-o-cha.

Pada Selasa lalu aktivis pelajar Parit Chiwarat, 22 berkata beliau menerima beberapa saman berhubung pertuduhan menghina raja, tetapi menegaskan bahawa beliau tidak sedikit pun berasa gentar.

Menurut beliau apa yang mereka lakukan membuktikan bahawa tuntutan rakyat tidak boleh diketepikan dan tiada siapa pun mampu menyekat perubahan.

Setakat ini sekurang-kurangnya enam pemimpin aktivis, termasuk peguam Anon Nampa dan Panusaya Sithijirawattanakul dijangka dihadapkan dengan tuduhan yang sama.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here