Teguran daripada bapa dan Da’i Luqman untuk Da’i Syed

0
937
Bapa Da'i Syed, Syed Mohammad Shaiful(kanan) berserah pada Allah untuk menasihati anaknya yang sudah dua tahun tidak membalas sebarang mesejnya.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

KIRI kanan depan belakang, Da’i Syed atau nama penuhnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 25, kena hentam hari ini (25 November), termasuklah daripada bapa kandungnya, Syed Mohammad Shaiful.

Syed Mohammad Shaiful menerusi akaun [email protected] Jamalulail meluahkan perasaan hatinya dengan apa yang berlaku terhadap anaknya.

Sebagai bapa, kata Syed Mohammad Shaiful, beliau telah memberi didikan kepada Da’i Syed, mengikut saranan agama sebaik mungkin. Namun beliau tetap merasa kecewa kerana anaknya sering mengabaikan mesej yang dihantar kepada Syed sejak dua tahun lalu.

“Hingga saya serahkan urusan menegur ini kepada Allah SWT untuk mengadilinya sekiranya benar dakwaan yang diviralkan dan mohon Allah mengembalikan anak saya ke jalan yang benar dan diredai sebelum ianya terlambat.

“Saya lebih rela dia diadili di dunia daripada dihadap di akhirat di hadapan Qadhi Rabbul Jalil. Sekarang saya hanya mampu beri nasihat kepada individu yang bermuamalah dengan dia supaya berhati-hatilah, terutama pada wanita.

“Isu viral ni dah lama, hari ni makin jadi heboh pulak, kami dah letih nak hadap isu semacam ini, apalagi adik-adiknya yang masih belajar, mereka tertekan dengan soalan-soalan sindiran dan ejekan dari pada teman di sekolah,” kata bapanya yang kini menetap di Cairo, Mesir.

Da’i Luqman berpesan kepada Da’i Syed, jangan ditegakkan benang yang basah.

Pinta Syed Mohammad Shaiful, pada wanita yang pernah mengadu kepadanya sebagai mangsa kepada perbuatan Da’i Syed, pergilah buat laporan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

“Saya memberi jaminan, saya tidak akan sama sekali mempertahankan atau menyebelahi anak saya, sekiranya dia memang melakukan kesalahan tersebut.

“Kepada Da’i Syed, jika benar kamu berakhlak buruk seperti yang didakwa/diviral, janganlah kamu menggunakan agama sebagai topeng untuk menutup segala kebejatanmu kerana perbuatan itu lebih hina dari iblis.

“Tinggalkan dunia selebriti dan kembalilah ke jalan Allah dan jalan leluhurmu. Kami semua merinduimu Iqmal yang dahulu. Kami pihak keluarga hanya mampu berdoa supaya dijauhkan segala fitnah duniawi dan diberikan keberkatan dalam hidup dan mati,” katanya yang turut terkena tempias dengan tuduhan yang dilontarkan terhadap Da’i Syed.

Rupa-rupanya, bukan bapa kandung Da’i Syed saja yang sudah tidak tahan dengan karenahnya, malah rakan daripada program Da’i pun seakan sudah ‘lali’ dengan perangai pemuda berusia 25 tahun itu.

Salah seorang peserta program Da’i yang tampil bersuara tentang isu kontroversi yang membabitkan Syed ialah Da’i Luqman atau Chaq di Twitter.

Menurut Luqman, sejak dua hari ini bertalu-talu beliau menerima direct message (DM) daripada masyarakat prihatin yang ingin mengetahui kesahihan berita yang ditular oleh ainunnnajwa menerusi akaun Twitter yang mendakwa rakannya mengalami trauma selepas menjadi mangsa rogol Syed.
Menerusi akaun Twitternya, Chaq @ Da’i Luqman, beliau telah menulis surat terbuka untuk adinda Syed.

Da”i Luqman dalam Twitter menulis surat terbuka kepada Da’i Syed supaya ambil isu ini sebagai pengajaran.

“Tahniah Chaq ucapkan kepada pihak yang cuba untuk tabayyun, bukan terus menyerang secara menularkan. Asalnya, Chaq nak buat tak tahu ja. Sebab ia melibatkan privasi seseorang. Namun, setelah ia melibatkan nama baik alumni-alumni yang lain, maka Chaq tidak boleh berdiam. Chaq kena jernihkan keadaan sebab ia melibatkan maruah agama dan adik-beradik Chaq yang lain.

“Chaq ni antara yang tertua di kalangan alumni Da’i. So, setiap masalah yg dihadapi para Da’i, kebanyakannya individu akan refer kepada Chaq. Antaranya perihal adinda Syed. Dan ini bukan kali pertama perkara sebegini timbul Namun, sebagai abang, kita sayang adik-adik kita.

“Kami para Da’i yang lain sudah berkali-kali memberikan peringatan buat adinda Syed agar berhati-hati dalam kehidupan, sebab anda membawa nama baik Da’i dan paling penting, jauhi diri dari fitnah “Wanita” di akhir zaman. Sebab Nabi dah beri amaran sejak lebih 1400 tahun lalu.

“Buat adinda Syed, jika anda berada di pihak yang betul. Ambil isu ini sebagai pengajaran. Agar lebih berhati-hati di masa hadapan sebab fitnah kalau nak berlaku, hanya sekelip mata, tanpa ditunggu. Perbaiki akhlak dan ketahui beban yang harus digalas bila ada title Da’i di depan.

“Jika adinda Syed bersalah, satu ja Chaq nak nasihatkan. Jangan ditegakkan benang yang basah. Sebab lambat laun akan diketahui juga. Cuba untuk selesaikan dengan cara baik dengan pihak-pihak yang terbabit. Don’t play victim! Ambil saluran perundangan yang ada!.

“Dan nasihat buat semua termasuk diri Chaq sendiri. Ayuh kita sama-sama tingkatkan ketakwaan. Sebab apa yang kita ada kat dunia ni, tak ada apa-apa faedah di sisi Allah, melainkan takwa. Jaga kata-kata kita, sebab itu semua akan diperhitungkan di hadapan Allah kelak! Wallahua’lam,” tulisnya di bebenang Twitter.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here