Pegawai Tourism Malaysia positif Covid-19

0
612

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) hari ini mengesahkan seorang pegawai Tourism Malaysia yang bertugas di ibu pejabat kementerian di Putrajaya didapati positif Covi-19.

Berikutan itu, Motac berkata semua pegawai dan kakitangan kementerian yang bertugas di bangunan terbabit diarah menjalani kuarantin kendiri dan bekerja dari rumah berkuat kuasa hari ini.

“Bagi menangani penularan wabak pandemik Covi-19, bangunan Motac di Putrajaya telah disanitasi pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada petang Rabu (semalam),” kata Motac dalam satu kenyataan.

Menurut Motac, KKM turut mengesahkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Nancy Shukri bukan kontak rapat serta tiada kontak secara langsung dengan pegawai terbabit.

Selain itu, ujian calitan yang dijalani Nancy pada petang semalam turut mengesahkan menteri berkenaan negatif Covi-19.

Bagaimanapun menurut Motac, sebagai langkah berjaga-jaga Nancy akan menjalani satu lagi ujian calitan pagi ini.

– Bernama

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here