Trump mengampuni bekas penasihat keselamatan negara AS

0
427

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump telah mengampuni bekas penasihat keselamatan negara Michael Flynn yang didapati bersalah membohongi pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Susulan tindakan yang memang dijangka itu Trump berkata apa yang dilakukan beliau merupakan ‘satu kehormatan besar.’

Flynn adalah antara bekas pembantu Trump yang didapati bersalah sewaktu penyiasatan yang dijalankan oleh Jabatan Kehakiman AS berhubung dakwaan campur tangan Rusia dalam pilihan raya negara itu pada 2016, lapor bbc.com.

Pada 2017 Flynn mengaku bersalah di atas tuduhan membohongi pihak FBI tentang kaitannya dengan Duta Rusia walaupun kemudian beliau telah cuba menarik balik apa yang dinyatakan itu.

White House berkata pengampunan itu akan menamatkan penganiayaan terhadap seorang yang sememangnya ‘tidak bersalah.’

Siasatan selama 22 bulan oleh Jabatan Kehakiman AS yang berakhir pada 2019 mendapati tidak wujud sebarang bukti bahawa Trump atau mana-mana pembantunya telah berkomplot dengan Kremlin bagi membantu beliau memenangi pilihan raya 2016.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here