2,287 kertas siasatan dibuka atas aduan rasuah, salah guna kuasa penjawat awam

0
329

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membuka 2,287 kertas siasatan susulan aduan ke atas penjawat awam didakwa terbabit dalam rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dari 2016 hingga September lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan komited memerangi rasuah, memperbaiki integriti perkhidmatan awam dan melaksanakan urus tadbir baik.

“Dalam hal ini, SPRM selaku agensi pencegahan rasuah bertanggungjawab membantu kementerian dan jabatan kerajaan, khasnya dalam meneliti sistem dan prosedur kerja bagi memastikan ruang dan peluang rasuah dapat ditutup.

“Pelbagai inisiatif pencegahan rasuah telah dilaksanakan sebagai pencetus usaha pencegahan rasuah,” katanya di Dewan Rakyat hari ini menjawab pertanyaan Abdullah Sani Abdul Hamid (PH-Kapar) berhubung statistik salah laku rasuah kakitangan kerajaan dan langkah pencegahan.

Beliau berkata, antara alat yang diperlukan agensi kerajaan dalam usaha mengekang amalan rasuah ialah Pengurusan Risiko Rasuah (CRM), Pelan Anti-rasuah Organisasi (OACP) dan Sistem Pengurusan Anti-rasuah.

Katanya, terdapat 139 agensi kerajaan terbabit dalam pelaksanaan CRM dan 40 lagi dalam OACP.

Takiyuddin berkata, untuk memerangi jenayah kolar putih, kerajaan turut mengambil inisiatif memasukkan elemen pencegahan rasuah dalam pendidikan formal di institusi pengajian tinggi sejajar inisiatif 2.4.7 Pelan Anti-rasuah Nasional (NACP).

Ia termasuk memperkenalkan mata pelajaran wajib universiti di peringkat ijazah pertama yang menekankan aspek hubungan manusia dan implikasi terhadap persekitaran.

https://bit.ly/39gqR6d
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here