Kemboja mula perbicaraan besar-besaran terhadap aktivis pembangkang

0
423
FOTO: Nov Povleakhena/VOA Khmer, Public domain, via Wikimedia Commons

Oleh Fetty Rara

SEBUAH mahkamah di Kemboja hari ini memulakan perbicaraan terhadap 130 rakyatnya bersabit tuduhan ‘menderhaka’ kerana mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti aman sepanjang tiga tahun lalu.

Apa yang berlaku itu dipantau rapi oleh badan-badan hak asasi manusia dan perundangan antarabangsa yang menyifatkannya sebagai bercanggah dengan undang-undang, lapor abcNEWS.

Sebahagian besar daripada tertuduh yang dihadapkan ke mahkamah terdiri daripada bekas ahli atau penyokong parti CNRP, iaitu satu-satunya parti pembangkang di parlimen Kemboja yang lantang mencabar pentadbiran Perdana Menteri Hun Sen pada pilihan raya 2018.

Bagaimana pun, pada 2017 Hun Sen telah melancarkan program ‘pembersihan’ ke atas pihak pembangkang melalui pelbagai tekanan dan sekatan bersuara, sementara media diarahkan supaya tidak memberikan liputan benar atau positif berhubung parti pembangkang.

Berikutan tekanan tersebut parti CNRP terpaksa dibubarkan dan ahli-ahli parlimennya disingkir daripada parlimen oleh mahkamah tinggi

Ramai pemerhati menyifatkan apa yang gerlaku itu sebagai agenda Hun Sen bagi memastikan beliau kekal dan partinya kekal memerintah Kemboja.

Hampir semua tertuduh berdepan dengan hukuman penjara hingga 12 tahun.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here