FOTO: FACEBOOK.COM/TOPVARAWUT

Oleh Fetty Rara

KERANGKA seekor paus kuno yang dianggarkan berusia antara 3,000 hingga 5,000 tahun ditemukan oleh sekumpulan ahli arkeologi di Thailand.

Kerangka tersebut ditemukan pada awal November di kawasan pantai Samut Sakhon, bahagian barat Bangkok.

Kerangka berukuran 12 meter itu dikenal pasti sebagai kerangka Paus Bryde.

Penemuan tersebut boleh membantu pengkaji sejarah dan arkeologi melakukan penyelidikan tentang paras laut dan biodiversiti di wilayah berkenaan, lapor bbc.com.

Penyelidik mamalia National University of Singapore Marcus Chua berkata tulang fosil itu dianggap penemuan yang amat jarang berlaku.

Menurut beliau tidak banyak berlaku penemuan sebegitu di rantau Asia, lebih-lebih lagi kerangka penuh seperti ini.

Bahagian kepala kerangka paus itu dianggarkan berukuran 3 meter panjang.

Selain kajian tentang paras laut zaman silam, kerangka tersebut juga akan membuka jendela kepada sejarah kuno spesies berkenaan di rantau ini.

Kerangka paus itu belum menjalani proses ‘carbon-dating’ bagi menentukan usia sebenar.

Hasil kajian mungkin akan diperoleh pada Disember ini.

Menurut saintis kawasan Teluk Siam mempunyai susur masa pra-sejarah yang unik dengan paras laut dianggarkan berada setinggi 4 meter berbanding sekarang dan aktiviti tektonik yang aktif.

Spesies Paus Bryde yang terdapat di serata dunia di kawasan panas tropika masih wujud di perairan Thailand.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here