Taktik peniaga buah duku, langsat tipu pembeli

0
437
Buah duku dan langsat yang sudah lebam serta lembik kerap dijual murah terutama di pasar malam untuk mempedaya pembeli. Gambar hiasan.

OLEH NAZERI NONG SAMAH

PELBAGAI taktik mencari untung dilakukan oleh segelintir peniaga, termasuk menipu pembeli menerusi penjualan buah duku dan langsat yang sudah buruk.

Antara taktik tersebut ialah mencampur-adukkan buah duku atau langsat segar masih bertangkai dengan buah yang sudah lebam dan buruk sekali gus tidak
layak dimakan oleh manusia lagi.

Terdapat segelintir peniaga buah-buahan dalam lokasi pasar malam begitu mudah untuk menipu pelanggan di bawah cahaya lampu suram kerana tatkala itu sukar untuk membezakan buah segar dengan buah lembik memburuk.

Justeru dalam keadaan tersebut akan menyaksikan paling mudah bagi segelintir peniaga untuk menipu pelanggan terutama menerusi penjualan buah duku dan langsat yang tidak tahan lama disimpan.

Buah duku dan langsat relai daripada tangkai yang sudah lembik serta buruk yang digaul bersama buah segar itu dijual dengan harga murah bagi mengeliru dan memerangkap pembeli.

Umpamanya harga dua jenis buah tersebut dijual murah RM10 untuk tiga kilogram bagi memikat pelanggan.

Jika pembeli mahu membeli buah yang masih bertangkai, peniaga akan meletakkan harga lebih mahal.

Maka tanpa berfikir panjang, pengunjung berebut-rebut membeli buah duku atau langsat relai (tanpa tangkai) itu untuk jamuan seisi keluarga.

Malangnya apabila sampai di rumah, pembeli buah tadi pasti akan menjerit ‘memaki hamun’ berserta ‘sumpah seranah’ kepada peniaga buah duku atau langsat kerana baru menyedari ditipu apabila mendapati buah dibeli banyak yang telah buruk.

Betapa tidak, hanya tinggal separuh buah duku atau langsat itu yang masih boleh dimakan.

Selebihnya buah itu sudah lembik berair, buruk dan terus tidak boleh dimakan oleh manusia sekali gus hanya layak menjadi habuan bakul sampah.

Untuk melaporkan kes itu kepada Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pun tidak berbaloi.

Sebaliknya tindakan bijak bagi pengguna mangsa penipuan oleh segelintir penjual buah duku dan langsat itu ialah pembeli wajar memboikot pembelian buah sedemikian pada masa depan.

Jadikan kes menjadi mangsa penipuan sedemikian sebagai pengajaran, selain rajin-rajinlah ‘membelek’ buah-buahan untuk memeriksa kondisi buah sama ada masih segar atau lembik memburuk sambil memanfaatkan perumpamaan Melayu klasik, ‘sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.’

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here