Iran berikrar membalas dendam pembunuhan saintis

0
490
FOTO: FARS News.

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

IRAN berikrar akan membalas dendam terhadap pembunuhan terancang saintis paling kanannya Mohsen Fakhrizadeh semalam.

Fakhrizadeh meninggal dunia di sebuah hospital di bandar Absard berhampiran Tehran, lapor bbc.com.

Berikutan pembunuhan terancang oleh badan perisik yang ingin menggagalkan program nuklear negara itu, penasihat tentera kepada Ayatollah Ali Khameini, Hossein Dehgan berkata tindakan balas bakal menyusul.

Sumber beberapa agensi perisikan barat berkata Fakhrizadeh merupakan tokoh penting dalam program senjata nuklear Iran.

Iran, bagaimana pun, berkata program nuklear yang dimajukan negara itu adalah untuk tujuan aman.

Dalam pada itu Menteri Luar Iran Mohamad Javad Zariff menggesa masyarakat antarabangsa supaya mengecam ‘tindakan keganasan’ tersebut.

Beliau menyatakan demikian dalam satu tweet hari ini.

Sementara itu Duta Besar Iran ke Bangsa-Bangsa Bersatu Majid Takht Ravanchi berkata apa yang berlaku itu jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan dirancang untuk menimbulkan kekacauan di rantau itu.

Beliau menuduh Israel melakukan pembunuhan tersebut kerana tanda-tanda awal merujuk kepada modus operandi operasi gelap pihak perisikan rejim Zionis Israel.

Pada April 2018 nama Fakhrizadeh disebut oleh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berhubung program nuklear Iran.

Setakat ini Israel belum mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen tentang pembunuhan tersebut.

KEADAAN di lokasi Fakhrizadeh ditembak.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here