Mahkamah Rayuan tolak saman Trump di Pennsylvania

0
449

Oleh Fetty Rara

SEBUAH Mahkamah Rayuan Persekutuan Amerika Syarikat tegas telah menolak cubaan pihak Trump untuk menyekat bakal Presiden Joe Biden diisytiharkan sebagai pemenang di Pennsylvania.

Panel tiga hakim mendapati bahawa kes tersebut tidak mempunyai merit kerana pihak yang mengemukakan saman tidak membuat sebarang dakwaan khusus atau mengemukakan bukti, lapor bbc.com.

Keputusan itu merupakan satu lagi tamparan kepada usaha Trump untuk membatalkan keputusan pilihan raya pada 3 November.

Pada Khamis lalu laluan dirasakan cerah apabila Trump menyatakan kesediaan untuk menerima kemenangan Biden.

Bagaimana pun, semalam (Jumaat) beliau sekali lagi membuat dakwaan tidak berasas melalui Twitter kononnya berlaku ‘penipuan besar’ dalam pilihan raya tersebut.

Beliau berkata Biden akan hanya boleh menduduki White House sebagai Presiden sekiranya beliau dapat membuktikan kesahihan jumlah 80,000 undi yang diperoleh.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here