FOTO: ZHart, CC BY 3.0 , via Wikimedia Commons

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

KOREA Utara memperketat peraturan untuk ke laut sebagai antara usaha memerangi pandemik Covid-19.

Tindakan tersebut menyusul dua hari selepas Korea Selatan berkata Korea Utara telah melarang aktiviti perikanan di laut.

Agensi Berita Pusat Korea Utara (KCNA) melaporkan bahawa negara itu sedang menggerakkan lebih banyak unit anti-virus selain melaksanakan langkah-langkah tegas bagi ‘menghapuskan elemen-elemen tidak bertamadun dan tidak sihat yang memberi ruang kepada penularan wabak penyakit semasa musim sejuk.’

Sebelum ini beberapa pakar berpendapat bahawa Covid-19 boleh menular dengan lebih cepat pada musim sejuk, lapor abcNews.

Korea Utara masih mengekalkan status kononnya tidak terdapat satu pun kes bersabit jangkitan Covid-19 di negara.

Pendirian tersebut, bagaimana pun, tidak diyakini oleh pakar-pakar kesihatan antarabangsa.

Secara umumnya mereka berpendapat bahawa jika berlaku penularan besar-besaran wabak tersebut kesannya mungkin amat serius memandangkan sistem kesihatan di negara itu amat mundur dan tidak mampu menampung pandemik.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here