Keluli kromium bukan asal dari England: Orang Parsi ilhamkan logam itu 1,000 tahun sebelum Inggeris

0
401
FOTO: University College, London.

Oleh Fetty Rara

MENURUT majalah IFL Science satu penemuan yang popular sejak kurun ke-20 sebenarnya dihasilkan lebih 1,000 tahun lalu.

Ia bercanggah dengan pendapat ahli sejarah bahawa bahan tersebut dihasilkan di Sheffield, England.

Menurut pengkaji di University College, London (UCL) sebenarnya keluli kromium dihasilkan di Parsi dan bukannya di Eropah.

Penemuan ini mula sekali diterbitkan dalam Jurnal Sains Arkeologi dan disokong oleh catatan dalam beberapa manuskrip lama Parsi.

Dr Rahil Alipour dari UCL yang membuat kajian semula asal usul logam tersebut berkata beliau mendapati bahawa bukti pertama adunan logam kromium dalam proses penghasilan keluli menyerlahkan bahawa ia dilakukan oleh orang Parsi.

Selain menawarkan satu-satunya bukti tentang keluli kromium kuno yang bermula pada pada abad ke-11, kajian tersebut turut menghasilkan sejenis kimia yang boleh membantu mengenal pasti artifak-artifak keluli yang tersimpan di beberapa muzium, selain menghubungkan asal koleksi arkeologi hingga ke tradisi zaman Chahak di Parsi.

Hari ini keluli kromium berperanan utama dalam kehidupan manusia.

Penggunaan keluli yang diadunkan dengan kromium dan lain-lain logam menghasilkan bahan pelbagai guna yang tahan karat.

Sejak tahun-tahun 1800 keluli kromium disangka pertama kali dihasilkan oleh orang Inggeris di Sheffield, England, tetapi penemuan terbaharu membuktikan bahawa proses kemajuan penghasilan keluli sebenarnya bertapak lebih 1,000 tahun lalu.

Dr Rahil berkata orang Parsi adalah pembuat keluli asal.

Bukti yang ditemukan bukan sekadar diperoleh melalui kajian ke atas bahan tersebut, malahan tercatat dalam manuskrip “al-jamahir fir Marifah al-Jawahi” yang ditulis oleh cendekiawan Parsi, Abu-Rayhan Biruni.

Manuskrip tersebut dianggap penting kerana ia mengandungi satu-satunya resipi untuk menghasilkan keluli menggunakan acuan. Ia juga merupakan satu-satunya dokumen zaman silam pada masa pembuat keluli rata-rata buta huruf.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here