Gurukah salah bila pelajar ‘hilang’ di kelas maya

0
678
FOTO: Mariel Flickinger

Oleh Azizi Ahmad

“CIKGU tunggu pelajar bakal SPM, tapi seorang pun tak masuk kelas online” (26 November 2020) dan “Kami dah hilang mood belajar” (28 November 2020) merupakan antara topik bual ramai sejak beberapa hari ini.

Kedua-dua berkait dengan kumpulan pelajar SPM yang dijangka mengambil peperiksaan ‘hayat’ tahun depan untuk menentukan peluang mereka mendapat tempata di pusat pengajian tinggi kelak.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam talian kini menggantikan interaksi secara berdepan di dalam bilik darjah, pastinya satu-satunya cara yang paling selamat ketika wabak Covid-19 ini.

Namun tidak kurang juga pelajar yang masih tidak mempunyai capaian internet atau capaian yang lemah dan tiada peranti mudah alih terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar atau daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

Jadi bukanlah sukar memahami mengapa pelajar tidak terlibat dengan guru dalam pembelajaran maya. Malangnya, ia tidak dibincangkan di mana-mana laman pun.

Punca utama yang sering diutarakan ialah tiada akses. Sebilangan pelajar tinggal di kediaman yang mungkin tidak mempunyai akses Wi-Fi atau akses terhad.

Bagaimanpun dengan ketiadaan peranti untuk untuk membuat kerja sekolah.

Memang benar, ada institusi turut memberikan peranti kepada pelajar, ia sangat membantu tetapi tidak semua ahli keluarga adalah ahli atau pakar menggunakannya atau mengaksesnya dengan Wi-Fi.

Malaysia sendiri dimaklumkan bahawa lebih kurang 36% pelajar persekolahan tidak mempunyai peranti.

Jika guru dan pemimpin sendiri bergelut dengan teknologi, apatah lagi keluarga pelajar yang pasti kurang lagi ilmunya.

Malah dengan kedudukan kewangan yang pasti terjejas dengan senario Covid-19 sekarang, sebilangan pelajar juga memilih untuk membantu ibu bapa bekerja sepenuh masa atau separa masa.

Perkara menarik yang berlaku di sini ialah terdapat pelajar yang mendapati bahawa tiada insentif untuk hadir, lantas mereka merasakan tidak perlu lagi menghadiri kelas.

Apakah yang boleh dilakukan untuk kebaikan bersama. Tidakkah boleh kita memberikan pelajar satu bentuk fleksibiliti untuk melakukan pembelajaran berasaskan projek tentang topik yang mereka minati atau ketahui.

Pelajar-pelajar ini boleh menghadiri hanya separuh dari kelas yang wajib dihadiri.

Selain itu bukan semua pelajar mempunyai ruang di rumah untuk diri sendiri. Keluarga mereka mungkin mempunyai yang luasnya sekangkang kera. Ini sekali gus menyukarkan mereka untuk memberikan tumpuan dan berhubung dengan guru mereka.

Selain itu, pelajar juga tidak menganggap guru mereka terlibat secara peribadi, jadi mereka tidak begitu berminat untuk berbuat demikian dengan guru tertentu dalam talian.

Yang pastinya, mereka akan berkata , jika pihak guru hanya sekadar menyediakan nota dan persembahan ‘Power Point’, mereka boleh mendapatnya pada masa yang lain.

Terdapat pelajar yang tidak menghadiri mereka kerana kurangnya akauntabiliti pada masa yang sama guru mereka memang dipertanggungjawabkan.

Kebanyakan guru tidak bimbangkan tahap akauntabiliti jika dipersoalkan pemimpin sekolah mereka, tetapi lebih dibimbangkan adalah tekanan perasaan yang mereka beri pada diri sendiri.

Begitu banyak guru yang sangat mengambil berat tentang pelajar mereka dan bimbang tentang pertumbuhan sosial-emosi dan akademik mereka semasa wabak ini.

Kenyataan persoalan ini adalah baik , “Mengetahui apa yang anda ketahui sekarang, adakah anda akan melakukan sesuatu yang berbeza ketika pelajar berada di depan anda?”

Kemungkinan pada persoalan ini adalah memberi tumpuan kepada penggunaan alat-alat yang berbeza, atau pelajar akan memberikan sekurang-kurangnya satu tugasan maya setiap minggu.

Kita perlu menumpukan kepada bagaimana guru dapat membina hubungan yang lebih baik dengan pelajar sehingga mereka akan muncul ke kelas maya.

Hubungan guru dengan pelajar perlu diutamakan, dan semua berkepentingan perlu meluangkan masa dan mencari jalan untuk memikirkan kejayaan dalam persekitaran maya.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here