Pemotongan bajet UA beri kesan operasi universiti-GAKUM

0
653

Oleh Arrazaq Nazri

SHAH ALAM — Pemotongan bajet di semua Universiti Awam (UA) bakal menganggu perjalanan dan kelancaran pengoperasian sesebuah universiti.

Presiden Gabungan Majlis Presiden Dan Setiausaha Kehormat Universiti Awam Malaysia (GAKUM) Zulkifli Mohamed berkata, ini termasuk kesan kepada kakitangan pelaksana terutama berkaitan kerja lebih masa, pakaian seragam dan kemudahan mendapatkan rawatan di klinik panel.

Katanya, penamatan pekerja kontrak juga akan memberikan kesan kepada setiap universiti dan kepada individu tersebut yang sudah pastinya mempunyai komitmen yang tinggi.

“Universiti merupakan tempat pendidik mendidik anak muda yang merupakan aset dan pembangunan kepada sesebuah negara.

“Jika, bajet tidak mencukupi sudah pasti proses mendidik akan terganggu .Paling dibimbangi oleh pihak GAKUM adalah kesan kepada kumpulan pelaksana yang mana bajet mereka dipotong dan dikurangkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, GAKUM berharap kerajaan meneliti semula peruntukan bajet berkenaan tanpa meminggirkan kebajikan kumpulan pelaksana di universiti.

Zulkifli yang juga Timbalan Presiden 2 Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) turut berharap cadangan moratorium untuk golongan M40 dan B40 dilanjutkan lagi selama enam bulan.

“Lanjutan moratorium dapat menambah aliran tunai dalam pasaran dengan memberi pilihan morotarium selama 6 bulan khusus bagi kumpulan M40 dn B40 yang kini amat terkesan dalam menghadapi kehidupan kini.

“Walaupun sebagai penjawat awam dan gaji mereka tidak dipotong namun ramai daripadanya mendapat sokongan daripada pasangan yang berniaga dan bekerja di pihak swasta,” katanya.

Justeru, beliau meminta institusi perbankan dan kewangan merasai kesukaran yang turut dialami penjawat awam kini.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here