Covid meningkat, vaksin wajib?

FOTO: Wikimedia Commons.

Oleh Dato Profesor Emeritus Dr Hashim Yaacob

PADA hari ini, Vietnam mengisytiharkan bahawa negara itu sudah bebas daripada pandemik Covid-19.

Saya amat cemburu atau “Fei Chang Xian Mu” dengan pencapaian negara itu.

Kenapa mereka berjaya? Antara sebabnya ialah kerana mereka menutup sempadan negara kepada orang asing yang berkemungkinan membawa infeksi Covid-19.

Kedua kerana mereka patuh kepada SOP yang diwajibkan, mungkin kerana hukuman kepada yang melanggar adalah berat.

Maka mereka menjadi takut untuk melanggar SOP.

Tetapi hasilnya mereka telah berjaya mengalahkan pandemik yang membinasakan ekonomi, kesihatan, perhubungan dan bermacam-macam lagi dalam kehidupan duniawi.

Di negara kita pula pada 29/11/2020, bilangan kes baharu Covid-19 sudah menggunung menjadi 1309 orang, mencapai empat digit. Perkara ini sangatlah menakutkan. Mengapakah ini terjadi?

Sebabnya ialah kerana kita sebagai rakyat tidak sangat mempeduli untuk menewaskan malapetaka ini.

Penjarakan sosial tidak sebegitu dipatuhi. Contohnya pada hari ini, saya sendiri pergi ke satu kedai makan dan dapati tidak ada langsung penjarakan sosial.

Apakah kita tidak boleh menyangka bahawa dalam banyak kedai-kedai selain yang itu perkara ini tidak terjadi?

Ada juga ramai yang tidak memakai pelitup muka. Ada yang memakainya di bawah hidung.

Apakah pelitup muka yang sama tidak dipakai berkali-kali?

Kita juga membaca ada kedapatan orang-orang yang sedang dalam kuarantin menyeludup keluar.

Kali ini saya hanya mahu menulis secara ringkas. Tujuannya ialah untuk menyatakan betapa kita tidak akan dapat bebas daripada Covid-19 kalau kita tidak mengikut SOP yang dibuat oleh orang bijak pandai.

Maka kita akan sentiasa hidup dalam ketakutan dan tidak akan dapat memulihkan norma-norma lama yang kian kita merindui.

Benarkah kerajaan akan mewajibkan setiap orang divaksinkan untuk melawan Covid-19?

Kalau ini benar sukalah saya melihat supaya pihak berkuasa yang mewajibkan prosedur ini ke atas rakyat juga divaksinkan.

Kata-kata Alexander Pope “Be not the first by whom the new are tried, nor yet the last to lay the old aside” patut terpakai.

Biar terendam sama basah, terampai sama kering.

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here