Tentera upahan British disiasat berhubung jenayah perang Sri Lanka

0
458
FOTO: JDS Sri Lanka.

Oleh Fetty Rara

POLIS Metropolitan Sri Lanka memulakan siasatan berhubung pembabitan tentera upahan British dalam perang saudara di Sri Lanka.

Satu pendedahan terbaharu merujuk kepada latihan unit elit pasukan polis Sri Lanka STF oleh syarikat keselamatan British Keenie Meenie Services (KMS) pada tahun 1980an bagi memerangi gerila pemisah Tamil, lapor bbc.com.

Siasatan dimulakan atas dakwaan sejak sekian lama bahawa unit STF telah melakukan beberapa pelanggaran hak asasi manusia, termasuk pembunuhan tanpa perbicaraan dan pembunuhan orang awam Tamil.

Siasatan itu dipercayai yang pertama membabitkan tentera upahan British dalam kes jenayah perang dan pelanggaran hak asasi manusia.

Polis Metropolitan Sri Lanka berkata mereka menerima rujukan pada Mac lalu berhubung dakwaan jenayah perang yang dilakukan oleh anggota tentera upahan British.

Sebahagian besar bukti berhubung pembabitan KMS di Sri Lanka diperoleh daripada beberapa dokumen sulit kerajaan British yang digunakan oleh wartawan Phil Miller untuk menulis buku ‘Keenie Meenie: The British Mercenaries Who Got Away With War Crime.

Buku tersebut diterbitkan pada Januari lalu.

Siasatan ke atas kes ini diikuti dengan rapi oleh lebih daripada 200,000 masyarakat Tamil yang kebanyakannya melarikan diri ke London sewaktu perang itu.

Pencabulan hak asasi manusia dan pembabitan dalam perang di Sri Lanka disebut dengan terperinci dalam buku yang ditulis oleh wartawan Phil Miller / Foto: Imperial War Museum.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here