Gardenia naik harga beberapa produk mulai esok

    0
    532

    GARDENIA Bakeries (KL) Sdn Bhd akan menaikkan harga beberapa produknya bermula esok.

    Dalam satu kenyataan hari ini, Gardenia berkata langkah itu demi menampung kenaikan kos bahan dan pengilangan.

    Syarikat itu berkata, pihaknya telah menyerap kenaikan kos selama beberapa tahun tetapi kini tiada pilihan lagi selain melaksanakannya.

    “Semakan harga ini dibuat ekoran peningkatan harga bahan antaranya minyak sayuran, serbuk koko, susu dan pembungkusan.

    “Tumpuan kami sekarang adalah terus meningkatkan usaha mengoptimumkan pengeluaran dan kecekapan di kilang.

    “Bagi Gardenia, peningkatan harga produk adalah pilihan terakhir selepas semua usaha lain telah dibuat untuk memaksimumkan kecekapan operasi,” katanya lagi.

    Bermula esok, harga untuk ban Gardenia dinaikkan sebanyak lima sen, iaitu daripada RM1.05 kepada RM1.10.

    Produk lain yang dinaikkan harga adalah roti Squiggles perisa stawberi dan cokolat serta Gardenia Delicia Soft Roll untuk butter toffee, sambal bilis dan kacang merah.

    Sementara itu, harga produk Gardenia Toast’em, Delicia Butter Raisin, Butterscotch, Choco Raisin dan Raspberry Milk & Cranberries dinaikkan sebanyak 20 sen, daripada RM4.50 kepada RM4.70.

    Harga produk Gardenia lain pula tidak termasuk dalam kenaikan ini.

    https://bit.ly/39orKtD
    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here