Covid-19: 1,212 kes, tiga kematian, 113 di ICU

0
373

JUMLAH kes baru Covid-19 kekal pada empat angka dengan 1,212 lagi dilapotkan setakat jam 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan kes terkumpul positif Covid-19 di Malaysia berjumlah 65,697 kes dengan kes aktif sebanyak 10,578.

Dia berkata daripada kes baru itu juga, Selangor telah mengatasi Sabah dengan 402 kes berbanding 326. Ini diikuti oleh Negeri Sembilan dengan 141 dan Kuala Lumpur pula 119.

Negeri-negeri lain adalah seperti berikut:- Pulau Pinang (60), Johor (54), Perak (43), Kedah (31)

Labuan (30), Sarawak (2), Pahang (2), Kelantan (1) dan Putrajaya (1).

Melaka, Terenggganu dan Perlis tidak mencatatakan sebarang kes.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan bahawa terdapat tiga kluster baru telah dikenal pasti pada hari ini iaitu; kluster Jalan lapan di Kuala Lumpur dan Selangor, kluster Batu Sembilan di Selangor dan kluster Nibong di Johor.

Sementara itu, daripada keseluruhan kes terbaru terdapat sembilan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara,

Menurut Dr Noor Hisham terdapat sebanyak 2,112 kes pulih Covid-19 dan dengan perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 54,759 atau 83.4 peratus.

“Sehingga kini, terdapat 113 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 42 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga kes kematian berkaitan Covid-19,” katanya.

Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid19 di Malaysia sekarang adalah sebanyak 360 kes atau 0.55 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

https://bit.ly/3obJOem
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here