Moderna kemuka vaksin untuk kelulusan, ujian 100% berkesan rawat Covid-19 serius

0
575
FOTO: NBC.

Oleh Fetty Rara

SYARIKAT ubat Moderna telah mengemukakan sejenis vaksin Covid-19 untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak Pentadbiran Ubat dan Makanan Amerika Syarikat (FDA).

Menurut NBCNews vaksin tersebut merupakan yang kedua berjaya melepasi tahap keberkesanan bulan ini.

Firma bioteknologi berpangkalan di Massachussets, AS itu telah memohon kebenaran daripada pihak FDA bagi kegunaan kecemasan berikutan kejayaan cubaan Fasa 3.

Moderna berkata vaksin tersebut didapati 100% berkesan untuk mencegah jangkitan yang teruk.

Hasil ujian menunjukkan kesan positif merentasi usia, etnik dan jantina tanpa sebarang isu keselamatan, selain kesan sampingan biasa, seperti keletihan, sakit kepala dan sakit otot serta sendi.

Jawatankuasa Penasihat Produk Biologi dan Vaksin FDA akan mengadakan perbincangan pada 17 Disember bagi mempertimbangkan permohonan tersebut.

Perbincangan menyusul seminggu selepas FDA dijangka mempertimbangkan permohonan daripada syarikat Pfizer AS dan BioNTech Jerman bagi meluluskan vaksin yang dihasilkan mereka.

Pendekatan yang digunakan oleh Moderna dan Pfizer-BionTech membabitkan suntikan kod khas mRNA ke dalam tubuh bagi merangsang tindak balas positif melawan Covid-19.

Bagi usaha penghasilan vaksin berkenaan Moderna menerima dana lebih RM4 bilion daripada kerajaan AS bersama tambahan sebanyak RM6 bilion untuk agihan kepada penduduk AS.

Minggu lalu syarikat AstraZeneca dan Oxford University mengumumkan keputusan usaha penghasilan vaksin bagi merawat jangkitan Covid-19, tetapi kemudian mengakui terdapat kesilapan teknikal sewaktu ujian.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here