Oleh KHADIJAH IBRAHIM
PENYANYI tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 41, hari ini mengesahkan yang beliau sedang hamil anak kedua.
Siti menerusi Instagram miliknya mengumumkan bahawa beliau kini hamil empat bulan.
“Tiada niat untuk berdiam diri selama beberapa bulan ini, namun saya dan suami berfikir, apabila tiba waktu yang sesuai, kami tetap akan berkongsi berita ini dengan semua, terutamanya, keluarga, saudara mara, sahabat handai, para peminat dan sesiapa sahaja tang mengenali kami.
“Saya mohon doa kalian supaya saya dan bayi di dalam kandungan diberikan kesihatan, dipermudahkan hari-hari saya ke depan ini sehinggalah di saat melahirkan nanti.
“Terima kasih sekali lagi kepada kalian yang sangat memahami dan tidak putus mendoakan saya selama ini. Saya amat bersyukur di atas kurniaan Allah ini, anugerah yang sangat berharga kerana saya diberi peluang untuk hamil selepas Siti Aafiyah berusia dua tahun lebih.
“Alhamdulillah. Terima kasih semua dan doakan saya ya!,” katanya.
-BebasNews
Khadijah Ibrahim Penganalisis BebasNews. Beliau wartawan hiburan prolifik yang pernah menulis untuk Utusan Malaysia, Pancaindera, dan Mingguan Malaysia.