Oleh Yusoff Ahmad Shariff
PENASIHAT berkontroversi Donald Trump berhubung Covid-19, Scott Atlas telah mengumumkan peletakan jawatan.
Sewaktu mengucapkan terima kasih Trump, Dr Atlas berkata apa yang beliau perkatakan sebelum ini tentang Covid-19 sentiasa berdasarkan bukti terkini sains tanpa pengaruh politik, lapor bbc.com.
Sepanjang empat bulan beliau berkhidmat untuk Trump Dr Atlas dikecam kerana mempersoalkan keperluan memakai pelitup muka dan menentang amalanbeberapa peraturan yang kini standard bagi mengekang jangkitan Covid-19.
Pendiriannya juga menjadi punca perhubungan beliau dengan ahli-ahli pasukan petugas khas Covid-19 AS sentiasa tegang.
Dr Atlas yang juga merupakan seorang pakar radiologi dan felo kanan di Institut Hoover Stanford University menyertai pasukan petugas itu pada Ogos lalu.
Selain mempertikaikan tentang pemakaian pelitup muka beliau juga membantah pelaksanaan perintah ‘lockdown’ yang telah mempengaruhi berjuta rakyat AS hingga Covid-19 menjadi pandemik yang kini di luar kawalan di negara itu.
-BebasNews