1,472 kes baru, 120 di ICU, Selangor catat 891 kes

0
423

JUMLAH kes baru Covid-19 kekal pada empat angka dengan 1,472 lagi dilaporkan setakat jam 12 tengah hari ini berbanding 1,212 yang dicatatkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan kes terkumpul positif Covid-19 di Malaysia berjumlah 67,169 kes dengan kes aktif sebanyak 10,495.

Dia berkata daripada kes baru itu juga, Selangor terus mengatasi negeri-negeri lain dengan 891 kes. Ini diikuti oleh Sabah dengan 267 kes, Negeri Sembilan pula 146 dan Johor 68.

Negeri-negeri lain adalah seperti berikut:- Pulau Pinang (29), Kuala Lumpur (26), Kedah (21), Perak (13), dan Sarawak (1)

Kelantan, Labuan, Putrajaya, Melaka, Terengganu dan Perlis masing-masing tidak mencatatkan sebarang kes.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan bahawa terdapat dua kluster baru telah dikenal pasti pada hari ini iaitu; kluster View Kolombong di Sabah dan kluster Talang-Talang, juga di Sabah.

“Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 184 kluster termasuk tiga kluster yang tamat pada hari ini iaitu kluster Highway, kluster Inai, dan kluster Jalan Meru.

“Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 180 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 33 kluster melaporkan pertambahan kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, daripada keseluruhan kes terbaru terdapat lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Menurut Dr Noor Hisham terdapat sebanyak 1,552 kes pulih Covid-19 dan dengan perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 56,311 atau 83.8 peratus.

“Sehingga kini, terdapat 120 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 44 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga kes kematian berkaitan Covid-19,” katanya sambil menambah bahawa semua mangsa adalah dari Sabah.

Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid19 di Malaysia sekarang adalah sebanyak 363 kes atau 0.54 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

https://bit.ly/2KQjRmh
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here