Speaker: Tajuddin panggil Syed Saddiq ‘budak’ hanya jenaka

0
400

MESKI terdapat bantahan dari ahli parlimen pembangkang, Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun hari ini memutuskan bahawa ucapan Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman yang menyifatkan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman sebagai “budak” adalah jenaka yang dibuat tanpa niat jahat.

“Saya rasa semua itu jenaka, tak ada mala fide (niat buruk),” kata Azhar ketika menjawab permintaan dari Hannah Yeoh (PH-Segambut), Lim Guan Eng (PH-Bagan), dan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) untuk memutuskan sama ada ucapan Tajuddin melanggar peraturan parlimen atau tidak.

Tajuddin telah membuat kenyataan itu hari ini ini semasa ucapan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Willie Mongin untuk menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa kementerian.

Willie telah membenarkan Tajuddin untuk mencelah, namun tidak memberi laluan kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga berdiri ketika itu.

Tajuddin memerintahkan Syed Saddiq untuk duduk tetapi menggunakan istilah “budak” bagi merujuk ahli parlimen Muar itu.

Tajuddin kemudian bertanya adakah kerajaan merancang untuk mengembangkan lebih banyak pengeluar produk getah tempatan di pasaran yang ketika ini dikuasai oleh syarikat gergasi.

Yeoh kemudian membangkitkan Aturan Mesyuarat dan menuntut Speaker memutuskan sama ada ucapan Tajuddin mengikut peraturan parlimen atau tidak.

Namun, Tajuddin menegaskan bahawa tidak ada yang salah dengan istilah “budak” yang digunakan untuk merujuk Syed Saddiq.

“Saya mahu jelaskan apa? Saya berumur 72 tahun. Dia umur berapa?” katanya.

Ketika Willie melanjutkan ucapannya, Syed Saddiq sekali lagi berusaha untuk mencelah dan akhirnya diberi laluan untuk bertanya adakah kerajaan akan mempertimbangkan kembali cadangan untuk melaksanakan cukai ‘durian runtuh’ terhadap syarikat sarung tangan utama yang membuat keuntungan besar.

“Saya beri ruang. Dia bukan budak, tetapi budak handsome,” kata Willie.

“Saya tidak mahu membahaskan mengenai isu sama ada saya budak atau sebaliknya, tetapi saya ingin membangkitkan di Dewan ini, bahawa sebagai ahli parlimen saya tidak pernah terfikir untuk melabelkan Pasir Salak sebagai orang tua,” kata Syed Saddiq.

Azhar akhirnya memutuskan bahawa kenyataan Tajuddin adalah jenaka dan meneruskan proses dengan undi belah bahagi yang diminta oleh oleh Teresa Kok (PH-Seputeh) mengenai peruntukan kementerian.

Read more: https://www.malaysiakini.com/news/553352
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here