Kisah Da’i Syed terungkai satu persatu

4
15397
Da'i Syed masih ditahan reman kerana ada mangsa yang tampil membuat laporan polis.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

 

SEWAKTU pemilik akaun Twitter, @ainunnnajwa memuat naik status mendakwa rakannya mengalami trauma selepas menjadi mangsa rogol pendakwah bebas, Da’i Syed, ramai yang menuduh beliau menabur fitnah terhadap bekas peserta program Da’i musim keempat itu.

Rata-rata menyelar Ainun Najwa dengan berkata, kalau kawannya itu betul menjadi mangsa kenapa tak buat laporan polis kerana kejadian berlaku pada September 2019. Ramai yang membela pendakwah selebriti itu.

Malah Da’i Syed atau nama penuhnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail, 25, turut membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya pada pukul 6.45 petang, 24 November lalu bagi membersihkan namanya daripada tuduhan yang tidak berasas itu.

Beliau juga sempat mengeluarkan kenyataan pada 25 November lalu, meminta individu yang memfitnahnya di laman sosial tampil membuat permohonan maaf secara bertulis dan memadam kenyataan yang telah dibuat.

Bagaimanapun pada 26 November lalu, semuanya berubah apabila mangsa yang berusia 23 tahun memberanikan diri membuat laporan polis pada pukul 7.18 malam.

Malah, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib mengesahkan Da’i Syed ditahan selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, kira-kira pukul 11 malam pada hari yang sama.

Untuk laporan itu, suspek ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan bermula pada Jumaat (27 November) hingga Selasa (2 Disember 2020).

Namun apa yang mengejutkan, hingga 1 Disember, pihak polis telah menerima tujuh laporan daripada mangsa yang sebelum ini tidak berani untuk membuat laporan.

Suspek yang sepatutnya tamat tahanan reman pada 2 Disember akan terus disiasat selepas polis menerima enam lagi laporan, masing-masing membabitkan lima laporan di daerah Shah Alam, sementara satu di Petaling Jaya.

Menurut Ketua Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, pihaknya akan mendapatkan perintah mahkamah bagi menyambung reman terhadap pendakwah muda tersebut selepas pihaknya menerima beberapa laporan terbaharu mengenai salah laku seksualnya.

Berikutan itu, siasatan bakal dijalankan di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu merogol, seksyen 354 kerana mencabul, seksyen 377C iaitu melakukan seks di luar tabii dan seksyen 323 kerana mendatangkan kecederaan.

Beliau turut meminta orang ramai yang menjadi mangsa pendakwah tersebut agar tampil membuat laporan polis. Antara mangsa yang telah membuat laporan ialah guru dan penuntut kolej yang mendakwa dicabul dan dipaksa melakukan seks oral di kediaman suspek di Damansara Perdana, kira-kira pukul 1 pagi, 17 Oktober lalu.

Rata-rata mangsa berusia antara 22 hingga 26 tahun dan difahamkan modes operandi suspek adalah berkenalan dengan mangsa menerusi media sosial dan kemudian mengajak mereka bertemu.

Dalam kekecohan kes Da’i Syed yang mengejutkan ramai pihak, seorang YouTuber yang dikenali dengan nama Kepengsss telah menyatakan bahawa beliau telah mengetahui kisah Da’i Syed sebelum perkara itu tular.

Kepengsss yang mempunyai 400,000 subcribers telah bercerita bagaimana Da’i Syed pernah menghantar mesej kepada kakaknya. Video penceritaannya itu telah mendapat tontonan sebanyak 1.5 juta sejak dimuat naik pada 27 November lalu.

“Aku nak cakap benda yang penting. Baru-baru ini viral, gadis dakwa Da’i Syed rogol kawan dia dan bawa pergi rumah. Aku nak bagi tahu sesuatu dan aku rasa aku kena bagi tahu benda ini.

“Actually, aku dah tahu lama dah benda ini sebelum ia viral lagi. Aku pernah jumpa Da’i Syed, dia pernah DM (direct message) aku, ajak jumpa dan lepak. Pada Januari tahun ini, ada seorang perempuan DM aku, dia adalah follower aku.

“Dia macam nak bagi tahu dan aku pun WhatsApps dan dia pun terangkan apa yang terjadi antaranya dengan Da’i Syed. Dia cerita daripada awal dan apa yang dia cerita itu sama dengan apa yang viral kat Twitter hari tu.

“Dia cakap, Da’i Syed ajak dia jumpa sebab nak rekrut dia sebagai dropship sebab waktu itu Da’i Syed ada produk skincare untuk coaching tapi tengah malam. Itu yang pelik. Da’i Syed bawa dia pergi rumah dan terjadilah sesuatu yang buruk.

“Tapi aku waktu tu macam tak percaya sebab Dai kut? Mana tau dia fitnah ke, aku pun minta bukti. Aku minta dia hantar screenshot dia chat dengan Da’i Syed semua. Ada juga voice note daripada Da’i Syed. Korang boleh dengar sendiri. Pada fan Da’i Syed, boleh dengar sendiri itu memang suaranya,” cerita Kepengsss.

Malah kata Kepengsss, disebabkan beliau pernah bersemuka dengan pendakwah itu dan beliau kenal suara Da’i Syed, namun masih tidak percaya.
Apabila wanita tersebut memberi screenshot nombor pemilik voice note kepada Kepengss, beliau mengaku terkejut kerana itu adalah nombor milik pendakwah berkenaan.

“Perempuan tu mengadu, menangis minta bela dia. Aku cakap, aku tak ada kuasa. Aku bukan mangsa, aku nasihatkan dia buat report polis tapi dia takut. Dia kata ada ke orang nak percaya? Yalah suspek tu Da’i kot?

“Yang buat aku triggered gila bila kakak aku sendiri mengaku yang dia pernah dapat DM daripada Da’i Syed. Aku pun risau la. Dia DM akak aku nak belajar marketing dengan kakak aku. Lepas itu, dia ajak jumpa dan terus push kakak aka nak jumpa.

“Firstly, akak aku pun nak jumpa juga la tapi lama kelamaan akak aku jadi annoying dengan dia kerana percakapannya berbeza dengan statusnya sebagai pendakwah,” kata Kepengsss yang turut memuat naik perbualan kakaknya dan mangsa dengan pendakwah tersebut.

Menurut Kepengss, tujuan beliau membuat video tersebut adalah untuk menasihati kaum wanita supaya jangan mudah percaya dengan lelaki yang baru dikenali di media sosial walaupun nampak baik atau macam ustaz sekali pun.

“Aku buat video ini bukan saja nak jatuhkan orang atau dengki kat dia. Aku lagi sokong pendakwah tapi dalam hal ini dia bawa agama Islam. Aku tak nak kerana seorang Da’i ini semua orang kena tempias. Semua pendakwah lain yang bertungkus lumus berdakwah orang dah tak percaya disebabkan dia seorang.

“Pada semua perempuan, kalau betul kena game dengan mamat ni, pergi report polis. Jangan takut dengan fan dia. Kalau tak ada orang nak back up korang, percaya Allah ada untuk lindungi. Bawa semua bukti.

“Kalau perkara ini betul, aku nak nasihat kepada dia, apa yang terjadi anggaplah sebagai teguran paling baik daripada Allah. Allah bagi petunjuk dengan gerakkan hati perempuan itu untuk buat laporan supaya kau ubah diri. Belum terlambat untuk kau bertaubat dan minta maaf kepada semua perempuan itu,” katanya dalam video berdurasi 9.06 minit.

BebasNews
Please follow and like us:

4 COMMENTS

  1. Sebenarnya, adik Syed ini hanyalah manusia biasa. Manusia biasa. Macam juga manusia-manusia lain. Ada nafsu. Nafsu serakah bukanlah benda yang pelik. Sebab itulah kita sebagai empunya diri mesti selalu beringat, tidak kira lah lelaki atau perempuan.
    2. Waima yang ajak kita berdua-duaan adalah seorang Tuan Haji Guru sekalipun, kita mesti tolak walaupun sesama jantina kerana NAFSU SERAKAH bukan perkara main-main.
    MENCEGAH JAUH LEBIH BAIK DARI MENGUBATINYA

  2. Sick of the comments manusia tak lari dari kesilapan bagai…sekiranya dia bersalah, dia rapist ok. Get that in your brain. Perogol. Menggunakan agama lagi. Tak payah nak bela dia sangat. Fikirkan kah juga mangsa, anak-anak gadis, yang mungkin naif dan masih suci sebelum dinodai jantan tak guna ni.

  3. Mungkin kita kena semak semula didikan yg kita tak dididik utk ‘bersangka buruk’ kpd org yg ‘baru kenal’, ‘nampak baik’, ‘agamawan’,’berpangkat’, ‘tinggi status sosial’

    Hendaklah tetap berjaga2 – jaga diri dr siapa juga yg cuba buat sexual / intimate connection samada melalui gaya badan @ perkataan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here