FOTO: The United States Department of Justice, Public domain, via Wikimedia Commons

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

PEGUAM Negara Amerika Syarikat William Barr berkata siasatan mendapati tiada sebarang kejadian penipuan seperti yang didakwa oleh Donald Trump dalam pilihan raya presiden 2020.

Komen beliau dilihat sebagai tamparan hebat terhadap Trump yang masih enggan menerima kenyataan bahawa beliau telah kalah dalam pilihan raya itu, lapor bbc.com.

Beliau bersama penyokongnya sebelum ini telah mengemukakan saman di beberapa negeri di mana beliau jelas kalah.

Joe Biden menewaskan Trump dengan margin 306/232 dalam Lembaga Pemilihan, iaitu badan yang membuat pilihan presiden.

Bagi undi popular pula, Biden memenangi sekurang-kurangnya 6.2 juta undi mengatasi Trump.

Dakwaan pihak Trump kononnya alat yang digunakan untuk proses pengundian telah digodam untuk mengubah keputusan didapati oleh Jabatan Kehakiman adalah tidak berasas sama sekali.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here