Samsung mungkin hentikan pengeluaran siri Galaxy Note kerana Covid-19

0
639
FOTO: Samsung.

Oleh Fetty Rara

MODEL telefon pintar Samsung Note yang sebelum ini dianggap paling mahal mungkin menjadi mangsa terbaharu syarikat tersebut.

Syarikat gergasi Korea Selatan itu dilaporkan sedang pertimbang untuk menghentikan pengeluaran model Galaxy Note yang terkenal dengan saiz besar dan dilengkapi ‘stylus’ untuk menulis nota.

Tindakan tersebut merupakan antara langkah yang diambil berikutan kemerosotan permintaan terhadap model-model telefon mahal yang dikeluarkan oleh Samsung.

Samsung, bagaimana pun, akan melengkapkan siri model Galaxy S dengan stylus dan telefon lipat pada 2021, lapor akhbar The New York Post.

Susulan itu tumpuan yang sepatutnya diberikan kepada siri Note akan beralih kepada model telefon lipat.

Menurut Tom Kang yang merupakan seorang penganalisis di firma Counterpoint kadar jualan siri Samsung Note dijangka menjunam sebanyak 8 juta bagi tahun ini, sementara jualan siri S pula mungkin jatuh sebanyak 5 juta kepada kurang daripada 30 juta.

Beliau berkata berpandukan trend pada tahun ini pembeli kurang memilih model-model premium mahu pun produk-produk baharu.

Samsung pertama kali melancarkan siri model Note pada 2011 dan seterusnya berupaya mengatasi Apple Inc sebagai pengeluar telefon pintar nombor 1 dunia pada tahun yang sama.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here