#Change5 just landed on the #moon. A historic step for China's universe probe. And for international cooperation and peaceful use of space as well. #MoonLanding pic.twitter.com/5A2vOruKGl
— Hua Chunying 华春莹 (@SpokespersonCHN) December 2, 2020
Oleh Yusoff Ahmad Shariff
CHINA berjaya mendaratkan sebuah pesawat angkasa lepas di permukaan bulan hari ini.
Menurut Pentadbiran Angkasa lepas Kebangsaan China pendaratan tersebut merupakan misi pertama program angkasa lepas negara itu untuk mengumpul beberapa sampel dari permukaan bulan sejak 40 tahun lalu, lapor Al-Jazeera.
Agensi tersebut berkata pesawat itu berjaya mendarat di bahagian permukaan yang paling mudah dihampiri.
China melancarkan pesawat tanpa angkasawan Chang’e-5 dari platform pelancaran di selatan wilayah Hainan pada 24 November lalu.
Misi yang mengambil nama dewi bulan dalam mitos China itu bertujuan untuk mengutip bahan-bahan di permukaan bulan bagi membantu saintis mempelajari lebih lanjut tentang asal-usul bulan dan sistem solar.
Jurucakap Kementerian Luar China Hua Chunying dalam satu tweet berkata pendaratan tersebut dianggap langkah bersejarah yang akan memanfaatkan kerjasama antarabangsa dan penggunaan angkasa lepas bagi tujuan keamanan.
-BebasNews