Plaza Sedenak dibuka semula

0
481

JOHOR BAHRU – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dilaporkan membuka semula Plaza Tol Sedenak yang ditutup sejak jam 12 tengah hari semalam selepas melakukan semua kerja sanitasi menyeluruh apabila seorang kakitangan di plaza tol berkenaan disahkan positif.

Semua kerja disinfeksi, sanitasi dan pembersihan di plaza terbabit dijalankan mulai jam 9 malam dan dibuka kembali jam 12 tengah malam tadi.

Berikutan penutupan itu, orang ramai dari Sedenak dan kawasan sekitar yang ingin menuju ke Kuala Lumpur atau Johor Bahru terpaksa memasuki lebuh raya PLUS menerusi Plaza Tol Simpang Renggam
atau Kulai.

Sementara itu, orang ramai dari Kuala Lumpur yang menghala ke Sedenak pula terpaksa keluar dari lebuh raya menerusi Plaza Tol Simpang Renggam, manakala orang ramai dari Johor Bahru yang menghala ke Sedenak pula keluar dari lebuh raya menerusi Plaza Tol Kulai. – BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here