Datuk Bandar gesa orang ramai ‘duduk rumah’, diri sendiri dikecualikan

0
582
FOTO: LBJ Library, Public domain, via Wikimedia Commons

Oleh Fetty Rara

SEORANG Datuk Bandar di Amerika Syarikat yang ‘melanggar’ SOP Covid-19 apabila  berkunjung untuk bercuti ke Mexico menaiki sebuah jet peribadi dikecam hebat kerana kemunafikannya menggesa orang ramai supaya duduk di rumah.

Ini merupakan antara beberapa isu dwi-standard yang diamalkan tokoh politik Amerika Syarikat sepanjang pandemik Covid-19 di negara itu.

Steve Adler yang merupakan Datuk Bandar Austin, Texas dilaporkan pergi bercuti ke Mexico tetapi sebaliknya menggesa penduduk bandar raya itu supaya kekal duduk di rumah sebagai antara SOP yang perlu.

Lebih menyakitkan hati penduduk Austin apabila beliau dengan bersahaja merakamkan video percutian itu sambil terus mengingatkan penduduk di bandar raya itu kononnya “ini bukan masanya untuk berehat.’

Ahli Parti Demokrat itu, bagaimana pun, menafikan bahawa beliau telah melanggar peraturan sendiri.

Beliau memberitahu akhbar The Austin American-Statesman yang mendedahkan perkara tersebut bahawa beliau tidak pernah mengatakan penduduk Austin tidak boleh pergi ke mana-mana sepanjang pandemik Covid-19.

Menurut akhbar itu pada bulan lalu Adler juga menghoskan majlis perkahwinan anak perempuannya yang dihadiri 20 orang di sebuah hotel eksklusif di Austin.

Bagi mempertahankan dirinya Adler berkata bahawa walaupun semua hadirin diminta memakai pelitup muka, namun mereka mungkin tidak memakainya sepanjang berada di majlis tersebut.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here