1,075 kes, 11 kematian, jangkitan tertinggi di Selangor

0
373

SEBANYAK 1,075 kes baru direkodkan setakat jam 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 69,095 kes, maklum KKM.

Sementara itu, terdapat pertambahan 11 kes kematian Covid-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 376 kes (0.54 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

“Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 10,802 kes,” kata Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam pada itu, 116 kes Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 46 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Negeri-negeri di Lembah Klang melaporkan jumlah kes harian sebanyak 508 kes (47.3 peratus). Daripada jumlah ini, negeri Selangor melaporkan sebanyak 459 kes (90.4 peratus).

Jumlah pelaporan kes harian kedua tertinggi pula dicatatkan oleh negeri Sabah iaitu sebanyak 310 kes (28.8 peratus) dan diikuti dengan negeri Johor sebanyak 78 kes (7.3 peratus).

https://bit.ly/37tx6Bg
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here