Oleh Yusoff Ahmad Shariff

BAKAL presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata beliau akan meminta penduduk negara itu supaya memakai pelitup muka sepanjang 100 hari pertama beliau menjadi presiden bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

Beliau yakin pendekatan itu akan dapat mengurangkan jumlah kes jangkitan yang amat membimbangkan di AS.

Bercakap melalui CNN Biden juga berkata pemakaian pelitup muka akan diwajibkan di dalam semua bangunan kerajaan AS.

Setakat ini sebanyak 14.1 juta kes dengan 276,000 kematian telah dicatatkan bersabit Covid-19 di negara itu.

Bagaimana pun, pakar undang-undang perlembagaan berkata Biden sebagai presiden kelak tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan penduduk negara itu memakai pelitup muka.

Di AS kuasa eksekutif presiden hanya meliputi harta kerajaan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here