FOTO: NSTP.

MENTERI Besar Perak Faizal Azumu hanya mendapat 10 undi percaya sahaja daripada 59 ADUN-ADUN Perak.

Beliau berkata sebab kejatuhan ini adalah kerana UMNO bekerjasama dengan DAP.

Namun sebab sebenarnya ialah bukan kerana itu; UMNO satu-satunya parti yang tidak pernah dan tidak akan bekerjasama dengan DAP.

Sebab sebenarnya ialah kerana hampir semua wakil rakyat secara bipartisan dan tidak kira kepartian menolak PPBM.

Ini ditunjukkan apabila lebih 80% daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Perak menolak Menteri Besar dan Timbalan Presiden PPBM itu.

UMNO Perak menolak PPBM sebab PPBM dilihat tidak ikhlas dengan hubungan di peringkat negeri dan di peringkat nasional.

Contohnya, permintaan UMNO dalam hal KWSP dan moratorium pun dilayan seperti melepas batuk di tangga.

DAP dan PKR pula menolak PPBM sebab mereka (PPBM) telah menghianati mereka.

Siapa yang ingin berkawan dengan orang yang tidak ikhlas dan khianat.

Jika mereka pernah khianat sebelum ini, mereka akan khianat lagi nanti, tidak kira dengan siapa.

Dan apa yang berlaku di Perak ini akan melarat ke negeri-negeri lain di Malaysia.

Yang berlaku di Perak ini adalah prelude kepada apa yang akan berlaku di Parlimen kelak.

Ianya tidak lagi boleh dielakkan.

ISHAM JALIL
4 Disember 2020

Log into Facebook

Log into Facebook to start sharing and connecting with your friends, family, and people you know.

-BebasNews 

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here