Covid-19: Rusia memulakan vaksinasi di Moscow

0
429
FOTO: TASS.

Oleh Fetty Rara

KLINIK-KLINIK di Moscow memulakan suntikan ke atas orang ramai di bawah program vaksinasi bagi menangani individu paling berisiko.

Rusia menggunakan vaksin Sputnik V buatan sendiri yang didaftarkan pada Ogos lalu, lapor bbc.com.

Walaupun masih menjalani ujian, saintis berkata vaksin tersebut 95% berkesan tanpa menimbulkan apa-apa kesan sampingan.

Beribu penduduk Moscow telah mendaftarkan diri bagi mendapatkan dua suntikan pada hujung minggu ini, tetapi persoalan masih perlu dijawab sebanyak mana dos yang mampu dihasilkan.

Pihak pengeluar menjangka mengeluarkan dua juta dos vaksin menjelang akhir tahun ini.

Datuk bandar Moscow Sergei Sobyanin yang mengumumkan program itu awal minggu ini berkata ia ditawarkan kepada kumpulan yang bekerja di sekolah, perkhidmatan kesihatan dan pekerja sosial.

Kaedah pendaftaran dalam talian membolehkan penduduk Moscow dalam golongan tersebut yang berusia antara 18 hingga 60 tahun membuat temu janji percuma di 70 lokasi di bandar raya itu.

Perkhidmatan ditawarkan daripada pukul 8.00 pagi hingga pukul 10.00 malam.

Setakat ini Rusia mencatatkan sebanyak 2,382,012 kes Covid-19 dan 41,730 kematian.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here