SERAMAI 1,143 pesakit pulih mengatasi 1,123 kes baru Covid-19 yang dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Sebanyak 4 kes kematian turut dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan 380 kematian setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lima daripadanya kes import dan baki 1,118 kes penularan tempatan.

Katanya, Sabah melaporkan kes harian tertinggi dengan 391 kes, diikuti Kuala Lumpur 265 kes.

“Negeri di Lembah Klang melaporkan 490 kes (43.6%). Sabah melaporkan jumlah kes harian tertinggi, iaitu 391 kes (34.8%), diikuti Kuala Lumpur sebanyak 265 kes (23.6 %).

“Sebanyak 40 kes (3.6%) yang dilaporkan pula berkaitan kluster pusat tahanan sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan kluster PTS Sibuga (27 kes) dan Tembok (13 kes),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hisham berkata, negeri lain yang mencatatkan kes positif hari ini termasuk Selangor (226), Johor (66), Pulau Pinang (44), Perak (39), Kelantan (35), Kedah (30), Negeri Sembilan (10), Labuan (10), Putrajaya (4), Pahang (2) dan Sarawak (1).

Beliau berkata, hanya Terengganu dan Perlis tidak merekodkan sebarang kes baru.

Katanya, seramai 10,775 pesakit Covid-19 sedang dirawat di seluruh negara, dengan 130 orang ditempatkan di unit rawatan rapi dan 54 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sehingga kini, 60,204 pesakit daripada keseluruhan 71,359 kes positif sudah sembuh.

Hisham berkata, 4 kematian hari ini membabitkan 3 warganegara dan seorang warga asing di Sabah, Johor serta Selangor yang berusia 46 hingga 75 tahun dan mempunyai sejarah penyakit kronik.

https://bit.ly/3lHXX1h
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here