PAGI Jumaat, 10 September 1976 di Bilik Operasi No 9 Skuadron, TUDM Kuantan; skuadron pesawat Canadair CL-41G Tutor, lebih dikenali sebagai Tebuan, buatan Kanada.

Pelatih juruterbang, Pegawai Kadet Udara (PKU)  Abu Bakar bin Hashim memberi tumpuan sepenuhnya terhadap taklimat oleh jurulatihnya, Kapt (U) Lee Hock Siew. Taklimat membabitkan penerbangan ‘solo’ pertama PKU Abu Bakar dalam latihan navigasi meliputi penerbangan ‘airways’.

Laluan penerbangan terbabit ialah Kuantan-Kuala Lumpur (NDB ‘CE’)- Teluk Anson (NDB ‘TA’)-Butterworth-Kuantan. Laporan cuaca mencatat laluan ini berkeadaan mendung dengan tompok-tompok awan. Ramalan ini bukan satu halangan untuk penerbangan diteruskan.

Baca lagi: https://xnuripilot.blogspot.com/2020/12/berpantang-maut-sebelum-ajal.html?fbclid=IwAR0lLXtQLueb_7nh2dVzKOQWeio4lolr3R1heaKagakSqYHdpu8x6mGO0gc
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here