KUALA TERENGGANU: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd Lukman Muda, 54, meninggal dunia di Hospital Perempuan Raja Zainab (HPRZ) II, Kota Bharu, Kelantan, kira-kira jam 10 malam tadi.

Allahyarham meninggalkan dua balu dan enam anak.

ADUN Jabi, Mohd Iskandar Jaafar, berkata Mohd Lukman meninggal dunia ketika menjalani rawatan di HPRZ II selepas mengalami jangkitan kuman dalam darah.

Beliau berkata, Allahyarham dimasukkan ke hospital kira-kira tiga minggu lalu dan keadaannya stabil selepas menerima rawatan.

“Bagaimanapun, keadaan Allahyarham kembali tenat pada Isnin lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Hari Antidadah Kebangsaan (HADK) 2018 dan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Nelayan Kebangsaan (PNK) Kuala Terengganu Selatan di sini, hari ini.

Mohd Iskandar berkata, jenazah dibawa pulang ke rumah Allahyarham di Kampung Amir, Kampung Raja, untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tanah, Kampung Tembila, Besut, selepas solat zuhur hari ini.

Allahyarham adalah ADUN Jabi selama satu penggal dari 1995 hingga 1999.

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/03/401925/bekas-adun-jabi-meninggal-dunia
Please follow and like us:

1 COMMENT

  1. Ketika saya bertugas di Kuala Terengganu antara 1991 dan 2002, sempat berkenalan dan berkawan dengan Allahyarham yang mengunjungi pejabat Berita Harian, di Jalan Pejabat, KT.
    Innalillahiwainnailairajiun.

Leave a Reply